TERKINI
TERIMA KASIH ANGGOTA KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN, #REFORMASI20TAHUN MENDAHULUI
Saya terharu melihat kesungguhan semua anggota parti di seluruh negara yang turun beramai-ramai menyertai pemilihan kali ini. Sepanjang 3 hari lepas, ribuan anggota parti berjemur dalam panas untuk menyertai pesta demokrasi parti yang terbesar di Malaysia ini.
Saya terhutang budi kepada sahabat-sahabat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang memberi undi dan memenangkan saya pada ini. Keputusan rasmi (tanpa undi ragu) menunjukkan saya menang dengan 2,934 undi, berbanding Saudara Azmin yang mendapat 2,794 undi (kelebihan 177 undi). Saya juga menang di 7 dari 13 cabang.
Setakat ini #Reformasi20Tahun menang di 4 dari 6 buah negeri dan telah meletakkan saya dan Saudara Akmal Nasir mendahului persaingan Timbalan Presiden dan Ketua AMK. Lebih ramai juga calon-calon #Reformasi20Tahun yang kini menduduki senarai 20 calon MPP.
Jumlah undi keseluruhan setakat 6 buah negeri (Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan) bagi Timbalan Presiden:
Rafizi – 19,160 undi atau 50.1% (menang di 51 dari 88 cabang)
Azmin – 19,112 undi atau 49.9% (menang di 37 dari 88 cabang)
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, jentera dan anggota yang menyokong #Reformasi20Tahun sehingga ke peringkat ini.
Sama-sama kita usahakan supaya kita mendapat keputusan yang lebih baik minggu depan di cabang-cabang di Selangor.
Rafizi Ramli
No comments:
Post a Comment