VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 8 October 2018

Pengalaman Pintu Hotel di Ketuk Oleh Pegawai Jabatan Agama Islam




Gambar (Hiasan) Operasi Tangkap Khalwat

Rentetan dari kenyataan Dr Mujahid yg telah diputarbelitkan pihak media mengenai isu jenayah khalwat, ini cerita seorang sahabat..

Pengalaman saya sendiri ketika menginap di hotel di Seremban atas urusan kerja, pintu diketuk oleh jabatan agama. Dia check samada berpasangan atau tidak.

Saya bertanya dengan receptionist, mereka berkata malam ni ada operasi. Penguatkuasaan hanya lihat nama pada senarai receptionist.

Semua bilik yang dia sangsi dia akan ketuk.

Depan bilik saya ada sepasang suami isteri berpawatakan Ustaz. Dia pun terkena & dialah orang yang paling marah dengan penguatkuasaan kerana mengganggu privasi dia sekeluarga sehingga menakutkan isterinya.

Bila saya turun ke lobi hotel kelihatan beberapa pasangan ditahan yang masih disiasat status hubungan mereka (mungkin sah) tapi tak bawak sijil nikah. Yang perempuan menangis, yang lelaki ketakutan, sambil ditonton oleh orang disekeliling termasuk saya. Allahuakbar.. mengaibkan mereka.

Pengalaman kedua saya di Selatan tanah air pun sama, bilik sebelah saya diketuk oleh penguatkuasaan macam nak roboh pintu. Saya yang disebelah ketakutan, nak jenguk pun takut & menunggu bilik saya diketuk namun selamat.. mungkin mereka pergi ke bilik sasaran sahaja.

Inilah yang Dr. Mujahid cuba lakukan.
Bukan kerja Jabatan Agama ketuk setiap bilik yang ganggu ruang privasi manusia.

Apa yang Dr. MAZA cakapkan adalah betul, jelas & nyata.

Kenyataan Dr. Mujahid telah diputar oleh media masa yang boleh mendatangkan fitnah. Saya mendoakan beliau diberi kekuatan dalam berhadapan dengan segala fitnah & putarbelit ini.

Islam itu indah, bukan mengaibkan & menakutkan.

Wallahu'Alam..

~Azman Mohd Nasir

2 comments:

  1. Saya secara peribadi tidak bersetuju cara Jabatab Agama Islam menangani kes khalwat terutama di bilik-bilik hotel. Memanglah mereka ini diberi kuasa untuk memantau perbuatan yang tak bermoral terutama kepada orang Islam...tetapi perlaksanaan itu yang saya pertikaikan. Malah pertugas Jbt. Agama ni seperti cukup seronok dan sampai tahap membuli apabila dapat menangkap pasangan tersebut. Tidak terkecuali juga pasangan yang sah suami isteri yang ditangkap dan diaibkan dahulu kepada khalayak ramai. Ada kalanya mereka ketuk dan tendang pintu seperti samseng dan apabila pintu dibuka...mereka terus meluru masuk hingga ke bilik. Sedangkan bilik itu adalah tempat larangan kepada yang bukan muhrim untuk wanita tersebut. Disuruh memakai pakaian sambil ketawa dan menonton pasangan tersebut untuk mengenakan pakaian. Ada juga pasangan yang sah diceroboh dan dihalang suaminya untuk melindungi isteri yang terbuka aurat.
    Jika si suami bertegas..si suami pula di tangkap sebab menghalang tugas mereka. Mungkin jika tidak dibendung perangai ustaz-ustaz ni mungkin akan ada kekerasan dari si kena tuduh.

    ReplyDelete
  2. sepatutnya orang ramai boleh mengetahui hak mereka... sijil nikah bukan wajib perlu bwk kemana sahaja bukan seperti ic...sepatutnya kerajaan membuka kaunter utk sebarang komplain dan juga mengambil tindakan ke atas pengawai yg sengaja hendak menjatuhkan aib seseorg..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.