VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 16 November 2012

[Save Gaza] Malaysia dan Israel Berpisah Tiada


Hubungan Malaysia-Israel amat menjolok mata semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohammad menerajui Malaysia bermula tahun 1981. Meski pun Dr Mahathir dilihat lantang mengecam Israel termasuk pernah bersama-sama Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor dalam Syarahan Perdana Palestin di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002, namun, di sebalik kelantangan itu tersirat hubungan rapat dengan Israel



Malaysia di tangga 15 Rakan Dagang Utama Israel
RAMAI yang mempersoalkan bagaimana kontena milik sebuah syarikan Israel, ZIM boleh bergerak bebas di Malaysia, sedangkan negara ini tiada hubungan diplomatik dengan Israel.

MiLo SuaM turut menyiarkan gambar sebuah kontena ZIM yang dibawa oleh sebuah treler menggunakan nombor pendaftaran Malaysia (JHE 3553) rujuk sini [Kontena Israel].

Persoalan itu terbongkar apabila sebuah dokumen rasmi di laman sesawang Kesatuan Eropah, EU mendedahkan bahawa pada tahun 2010, Malaysia merupakan antara rakan dagang utama Israel.

Dokumen PDF tersebut menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga ke 15 sebagai The Major Trade Partner 2010 dengan Israel.

Sumber: http://trade.ec.europa.eu/doclib/docs/2006/september/tradoc_113402.pdf

Di depan rakyat, seolah-olah negara ini anti-Israel, tiada hubungan dengan Israel, malah tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Tidak cukup dengan itu, jika dirujuk kepada pasport antarabangsa, Malaysia melarang rakyat untuk melancong ke Israel. Namun dalam diam-diam, di belakang rakyat, Malaysia merupakan rakan dagang utama Israel.

Pemimpin Malaysia juga berpura-pura lantang menghentam dan mengkritik Israel selain membawa imej anti-Israel, tapi sebaliknya membuat hubungan dagang "pintu belakang" dengan negara Zionist itu.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120)

Depan rakyat jadi Hero Palestin, belakang rakyat jadi Hero Yahudi!

ReJaM© "Muncung berkokok ekor bergelumang tahi..."

Read more: MiloSuam



Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..


kapal israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada “slot Israel” di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.
anwar israel wsj Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan “hayat bosnya” Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?
Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi “haru-biru”. Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….

Malaysia VS Israel : Malaysia Tiada Hubungan Diplomatik Antara Malaysia Dengan Israel

Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…
mukriz malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
“Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya. (sumber : Malaysiakini)
Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :
Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…
Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :
malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!
Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.
zim malaysia israel Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan  merupakansalah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)
israel malaysia Malaysia vs Israel : Ada Hubungan Diplomatik? Tiada Kata Menteri. Tapi..
Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….
Sumber: beritasemasa
Pautan Berkaitan:

Bukti CIMB ada hubungan dengan Israel !

Hubungan Malaysia-Israel

[JINGGA 13] DESAK KERAJAAN UMNO HENTIKAN HUBUNGAN PERDAGANGAN DAN AKRAB DENGAN ZIONIS ISRAEL


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.