Sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 hijrah
, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zoinis Israel yang
terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas,
Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh .
Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan
perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut , melakukan
kezaliman , membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak ,
orang tua dan wanita .
Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus
memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka
dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik
sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap
serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya
White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.
Kerajaan UMNOBN yang selama ini mempunyai hubungan akrab
terutama dalam hubungan perdagangan bersama Zionis Israel , termasuk pembiayaan
kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan UMNOBN
yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh
Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.
JINGGA 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana
Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala
hubungan perdagangan , nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.
Sikap hipokrasi Kerajaan UMNOBN dalam masa sama konon
menyokong perjuangan rakyat Palestine tetapi sebelah tangan lagi turut sama
menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat
Palastine melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif sepertimana yang
pernah JINGGA 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di
Westport,Pelabuhan Klang .
Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan UMNOBN usah bersandiwara
dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam
masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
No comments:
Post a Comment