VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 11 November 2012

Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad?

Umno lawan Nurul Izzah Anwar kononnya kerana marah murtad. Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad?

 

Lihat carian dalam Internet:
Pada 25 Mac 1998, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi telah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.

Pada 1 November 1999, usul untuk menangani gejala murtad dari  Ahli Parlimen Marang telah ditolak ke bawah di dalam senarai sehingga beliau tidak mendapat laluan untuk membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian pernah  mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Percubaan Salahuddin ditolak mentah-mentah.

Salahuddin juga pernah mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Percubaan itu juga ditolak.

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 termasuk peruntukan menangani murtad. Umno bukan sahaja tak mahu sokong malah memfitnahkan habis-habisan rang undang-undang itu.

Lihat sini:
[Video Inside] Tok Guru Nik Aziz Pertahan Nurul Izzah


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.