VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 14 November 2012

[PERLU TAHU] Apa Itu AES?

TAHUKAH ANDA?

a) Apa itu AES – Automated Enforcement System

AES ialah suatu kaedah penguatkuasaan peraturan & undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.




b) Bagaimana AES beroperasi?

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya & persimpangan lampu isyarat. Kamera aka

n menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan & dihantar ke pusat kawalan AES kemudian diedit & disahkan lalu dihantar ke pusat AES JPJ. JPJ akan mengesahkan kesalahan & butiran pemilik kenderaan & mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

c) Apa kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES?

Setakat hari ini :
a) Memandu melebihi hadlaju; dan
b) Melanggar isyarat lampu isyarat.

d) Siapa yang mengendalikan AES?

AES dikendalikan secara bersama oleh JPJ & dua (2) syarikat swasta yang memasang kamera iaitu Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd.

e) Apakah teknologi yang digunakan?

Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Redflex dari Australia manakala ATES Sdn Bhd menggunakan kamera keluaran Jenoptik Robot dari Jerman.

f) Di mana kamera AES dipasang?

Kamera AES dipasang di lokasi-lokasi kemalangan maut yang ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia [MIROS]

g) Apa fungsi syarikat Beta Tegap Sdn Bhd & ATES Sdn Bhd dalam AES?

Kedua-dua syarikat ini diberihak oleh Kerajaan untuk memasang kamera di lokasi yang telah ditetapkan.

h) Adakah syarikat mendapat hasil daripada AES?

Ya, mengikut Model Kewangan dengan Formula 3 Langkah yang telah dipersetujui sejak tahun 2009, kedua-dua syarikat layak mendapat RM16 setiap saman yang dibayar.

i) Bagaimana AES dikuatkuasakan?

Saman dikeluarkan oleh JPJ kepada pemilik kenderaan supaya hadir ke Mahkamah di kawasan kesalahan dilakukan. Jika pemilik bukan pemandu ketika kesalahan dilakukan, pemilik hendaklah memberitahu JPJ maklumat pemandu dalam tempoh 30 hari dari tarikh Saman dikeluarkan.


BENTUK SAMAN

Sebelah kiri adalah Notis Pol170A [Saman Ekor] daripada PDRM
Sebelah kanan adalah SAMAN AES dikeluarkan oleh JPJ...

Beza antara kedua2nya ialah : Notis Pol170A ialah permintaan butir2 pemandu... BUKAN SAMAN... tetapi Saman AES ialah SAMAN yang sebenar kerana telah dinyatakan tarikh hadir ke Mahkamah.


j) Apa itu SAMAN

Saman ertinya suatu notis memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah.

k) Adakah SAMAN perlu dibayar?

Saman tidak WAJIB dibayar kerana SAMAN adalah perintah hadir ke Mahkamah bukan perintah untuk membayar denda.

l) Adakah kesalahan di bawah AES boleh dikompaun?

Kedua-dua kesalahan boleh dikompaun dengan tawaran kompaun juga RM300.

m) Apa itu kompaun?

Kompaun ialah tawaran denda kepada pesalah untuk membayar denda lebih awal dalam suatu tempoh yang ditetapkan untuk mengelak hadir ke Mahkamah.

n) Apa hukuman di bawah AES?

a) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda), denda minimum ialah RM300 dan maksimum RM2,000
b) Seksyen 79 (2) – tidak mematuhi isyarat lampu isyarat denda minimum RM300 dan maksimum RM2000

o) Apa akan berlaku jika seseorang yang menerima SAMAN tidak membayar kompaun?

Jika kompaun tidak dibayar, seseorang itu hendaklah hadir ke Mahkamah yang dinyatakan di dalam Saman pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Kegagalan hadir ke Mahkamah seperti yang ditetapkan, suatu Waran Tangkap boleh dikeluarkan.

p) Apa itu Waran Tangkap?

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap OKS untuk dibawa ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Seseorang yang dikeluarkan Waran Tangkap tidak bermaksud telah melakukan kesalahan seperti yang didakwa tetapi sekadar untuk membawa beliau hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan.

q) Bagaimana proses Mahkamah dalam kes Saman AES?

Proses Mahkamah dalam Saman AES adalah sama seperti kes-kes yang lain.

Tuduhan akan dibacakan.

Contoh tuduhan

"Bahawa kamu pada 12/11/2012 jam lebihkurang 10:00 pagi di km 6.6 Jalan Kajang-Puchong dalam Daerah Puchong di Negeri Selangor sebagai pemunya berdaftar kenderaan motor WWW 1234 telah memandu kenderaan tersebut dengan kelajuan 123 kmsj iaitu melebihi hadlaju 80 kmsj yang telah ditetapkan bagi jalan tersebut, kamu gagal mengikuti peraturan isyarat (papantanda) yang sah di mana berlebihan hadlaju 43kmsj dan oleh yang demikian itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta pengangkutan Jalan 1987 dibaca bersama di bawah Seksyen 109(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 79(2) akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87)"

Adakah kamu mengaku bersalah?

Jika OKS mengaku salah, maka pengakuan salah diterima & diminta untuk membuat rayuan hukuman. Hukuman Denda RM300 minima & maksima RM2000. Maka OKS boleh merayu hukuman diringankan. Mengikut prosedur biasa Mahkamah, mahkamah akan mengambil kira kesalahan pertama & lain-lain faktor seperti kewangan & tanggungan keluarga & penjimatan masa Mahkamah sebelum menetapkan hukuman. Kebiasaannya hukuman bagi kesalahan pertama ialah RM300 seperti yang ditetapkan & mungkin juga Mahkamah boleh melepaskan dengan jaminan berkelakuan baik.

Jika OKS tidak mengaku salah, maka Mahkamah akan menetapkan tarikh bicara di mana pihak pendakwa (JPJ) perlu membuktikan bahawa OKS melakukan kesalahan. Beban pembuktian terletak di pihak Pendakwaan bagi membuktikan OKS melakukan kesalahan. Bukti-bukti seperti gambar & lain-lain termasuk saksi-saksi akan dikemukakan semasa perbicaraan. Jika diakhir perbicaraan, OKS didapati salah, Mahkamah akan jatuhkan hukuman di mana hukumannya sama seperti mengaku salah. Jika diakhir perbicaraan pihak Pendakwa gagal membuktikan kesalahan, maka Mahkamah akan melepaskan OKS.


TERBITAN

JAWATANKUASA KEMPEN ANTI SAMAN EKOR
[KASE]

14 NOVEMBER 2012.
29 ZULHIJJAH 1433


AES di USA & AES di Malaysia


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.