VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 15 November 2012

Anwar bidas tindakan MPPP roboh rumah warga emas























GEORGE TOWN, 15 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor, di sini Khamis lepas.
Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.


“Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat,” katanya.
Anwar (gambar) berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana “Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat” sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.
Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan. — Bernama

Pautan Berita Sebelum ini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.