VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 10 November 2012

ROBOH: Penjelasan Dari MPPP, Binaan "Haram"


Pemuda umporno cuba jadi hero isu Roboh binaan 'haram' di Sg.Gelugor


BiNAAN 'haram' pada rumah pusaka ini undang rasa tidak selesa serta mengganggu kediaman jiran-jran sejak lima tahun lepas.


SEKUMPULAN Direktorat Penguatkuasaan Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) semalam menjadi mangsa keganasan 10 pemuda - dipercayai penyokong Umno - gara-gara mahu merobohkan sebahagian binaan tambahan tanpa kebenaran membabitkan sebuah rumah milik Melayu di Sungai Gelugor, Sungai Pinang.

Seorang pemandu jentera turut dikasari selain cermin jenteranya dipecah oleh pemuda-pemuda misteri berkenaan.

Kekecohan yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi itu tergendala sehingga jam 11.30 pagi sebelum menerima campur tangan polis.

Dilaporkan, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tertangguh sungguhpun aduan penduduk setempat kepada Majlis dilakukan sejak lima tahun lepas lagi.

Ekoran itu, beberapa blog serta Facebook mesra pembangkang Pulau Pinang - Umno dan Barisan Nasional - mula menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.


PenangInsight.com pagi tadi cuba mendapatkan maklum balas Jabatan Pembangunan MPPP mengenai insiden yang dikatakan membabitkan rumah pusaka seorang warga emas (kiri) berbangsa Melayu bersama anaknya.

Sumber memberitahu, langkah penguatkuasaan itu sebenarnya adalah hasil aduan jiran setempat sendiri sejak lima tahun lepas dan MPPP telahpun melaksanakan prosedur berwajib sebelum langkah akhir merobohkan binaan tanpa kebenaran itu cuba dilakukan semalam.

Malah kata sumber lagi, Majlis pernah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.

Berikut adalah kronologi kes bagi membuktikan MPPP mengikut prosedur sebelum langkah meruntuhkan binaan haram itu cuba dilakukan semalam.

2007, 1 Oktober – Satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan ke atas kerja-kerja pindaan dan tambahan yang telah dijalankan tanpa kebenaran. 

Majlis juga telah menerima aduan berhubung pembinaan ini.  

Tambahan adalah dari jenis tiang dan konkrit bertetulang berukuran 10' 0'' x 80' 0'' dan juga pada bahagian depan 20' 0'' x 10' 0''. 

Tiada sebarang pelan dan kelulusan diperolehi dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

2007, 11 Oktober – Notis susulan dibawah Sek.72(6) Akta Jalan Parit dan bangunan dikeluarkan memberi tempoh 30 hari kepada pemilik untuk meroboh dan mengosongkan premis terbabit .

2008, 2 Januari – Notis 24 jam Sek.97 dikeluarkan meminta pemilik mematuhi arahan notis sebelum ini dan juga notis untuk memberi MPPP kuasa untuk memasuki bangunan bagi tujuan penguatkuasaan.

2008, 21 Julai – Kes ini telah dibawa ke mahkamah untuk kesalahan dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 En.Md.Noor bin Tahir pemilik premis  telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/=.

2008, 4 November - Kes ini kemudiannya dibentang ke mesyuarat JPO pada untuk tindakan perobohan.

2009, 19 Januari - Penguatkuasa telah memberikan amaran lisan kepada pemilik premis.

2009, 17 Februari - Satu surat rayuan daripada YB Koid Teng Guan telah diterima meminta Majlis menangguhkan tindakan perobohan dan beri tempoh masa kepada pemilik untuk mematuhi notis. 

Rayuan ini telah dipanjangkan kepada Tuan SU utk pertimbangan dan pemilik diberikan tempoh 3 bulan untuk patuhi undang-undang.

2009, 12 Mac - Surat makluman kepada YB Koid Teng Guan dan pemilik berkenaan lanjutan tempoh 3 bulan telah dikeluarkan pada 12/3/2009. 

Untuk makluman pemilik tidak mengemukakan sebarang permohonan pelan bangunan kepada majlis sehingga kini dan struktur haram di tapak juga dibiarkan terbengkalai dan tidak dirobohkan. 

Tempoh lanjutan juga telah tamat dan tiada sebarang permohonan dikemukakan.

2012, 7 Disember – Pengadu En.Zulkifly menghantar emel kepada Majlis menyatakan kelewatan Majlis mengambil tindakan ke atas aduan yang beliau yang telah berlarutan selama 5 tahun.

2012, 25 Julai – Memo jabatan kepada Penguatkuasa minta tindakan penguatkuasaan dijadualkan.

2012, 28 Ogos – Surat pemberitahuan kepada YB Kawasan Tuan S.N Rayer dan juga kepada YB Exco dikeluarkan untuk memaklumkan  tindakan penguatkuasaan yang akan diambil ke atas premis ini.

2012, 4 Oktober – Surat maklumbalas dari YB kawasan Tuan S.N.Rayer diterima memaklumkan yang pihak YB tiada bantahan ke atas tindakan penguatkuasaan.

2012, 7 November – Memo diterima dari Pejabat Penguatkuasa memaklumkan yang perobohan akan dilaksanakan pada 8.11.2012 ke atas premis tersebut.

2012, 8 November – Jam 10.00 pagi tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah. 

Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit, bermula jam  lebih kurang 10.00 pagi dan pada jam 11.30 pagi operasi terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak.

Di mana pada jam lebih kurang 11.15 pagi terdapat sekumpulan ( 10 orang ) pemuda melayu tiba dan membuat kecoh ditapak.

Pemandu jentera berantai telah dikasari oleh pemuda-pemuda terbabit dan cermin kaca jentera tersebut telah ditendang hingga pecah oleh salah seorang daripada mereka. 

Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal.

"Kronologi kes ini akan dibentangkan kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat, mungkin minggu depan untuk menolak fitnah pihak-pihak tertentu," ujar sumber kepadaPenangInsight.com.

SEDIH LIHAT RUMAH DIROBOH MPPP



 

Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.

“Jika saya salah sekalipun, pihak MPPP sepatutnya hantar notis dahulu tetapi saya terima sekali sahaja notis (berhubung kesalahan itu) kira-kira dua tahun yang lalu dan bukannya surat untuk meroboh.

“Selepas itu saya tidak terima sebarang notis lagi, malah pagi tadi (semalam) pegawai MPPP datang dengan tangan kosong dan terus meroboh,” ujarnya dengan nada sedih kepada pemberita.

Rumah papan itu merupakan harta peninggalan keluarga Mariam yang kini menjadi tempat dia dan anaknya, Haslina Hashim yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berteduh.
Apa yang menghairankan, bahagian hadapan rumah warga emas itu sahaja yang dirobohkan manakala rumah-rumah lain di kawasan sama yang dibina struktur tambahan langsung tidak diusik penguat kuasa MPPP.

Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

“Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Fauzar kesal dengan tindakan MPPP yang dikatakan bersikap pilih kasih kerana meroboh rumah penduduk miskin.

“Banyak lagi rumah yang bina struktur baharu di bahagian hadapan atau belakang tetapi mengapa rumah ini sahaja dirobohkan. Kita mahu MPPP baiki semula kerosakan rumah warga emas itu,” tegasnya.


Komen PPK:
Aduan dibuat kepada MPPP dari tahun 2007, Bukan kepada guan eng.. 
Dalam MPPP pon ada orang umno, siap berpangkat lagi.. Kenapa tak boleh "Kau Tim" elok2.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.