Gambar Orang Kampung Di Bodohkan UMNO
Baca lagi: 420 keluarga masih belum tenang
Kerajaan Negeri cari jalan atasi masalah banjir
2 November 2012
BUKIT MERTAJAM - Penduduk Kampung Machang Bubuk dinasihatkan bersabar menghadapi masalah banjir kerana pihak Kerajaan Negeri masih berusaha untuk menyelesaikan perkara itu.
Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng berkata, pihaknya sedaya upaya mencari alternatif terbaik yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Menurutnya, projek tebatan banjir yang sebelum ini direncanakan terpaksa dibatalkan berikutan masalah berbangkit yang timbul berkenaan projek membina jambatan di jalan utama menghubungkan Kulim dan Bukit Mertajam.
“Pada awal projek hendak dimulakan, pelbagai aduan kami terima daripada pengguna jalan raya dan peniaga di kawasan itu.
“Peniaga membantah penutupan di sebelah jalan kerana menjejaskan perniagaan mereka sementara pengguna jalan raya membuat aduan jalan begitu sesak disebabkan penutupan sementara yang pernah dilakukan.
“Oleh itu, keputusan dicapai antara pihak kami dan kontraktor untuk membatalkan projek berkenaan kerana jika diteruskan juga projek yang memakan tempoh setahun ini pasti menimbulkan lebih kesulitan kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan mesyuarat memperjelas projek tebatan banjir dengan wakil penduduk kampung di Machang Bubuk, kelmarin.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Machang Bubuk, Tan Hock Leong dan Adun Padang Lalang, Michael Tan Cheong Heng.
Jambatan baru tidak selesai masalah
Hock Seng berkata, pembatalan projek itu juga dibuat setelah dikaji akan impak baik dan buruknya terhadap masyarakat.
Malah, menurutnya, pembinaan jambatan yang dirancangkan itu juga tidak dapat menyelesaikan masalah banjir yang dialami oleh penduduk sejak 30 tahun dulu.
“Dari segi teknikal, jika jambatan yang ada dirobohkan dan diganti dengan jambatan baru yang lebih tinggi, masalah banjir masih belum dapat diatasi memandangkan keadaan parit yang diliputi pasir.
“Malah kerja memperluas dan mengorek parit lebih dalam juga tidak boleh dijalankan kerana jentera sukar untuk dibawa masuk ke situ memandangkan kedudukan parit dan rumah di kawasan itu berhampiran.
“Masalah utama berlakunya banjir ialah apabila sampah sarap dan ranting-ranting kayu tersangkut di paip utiliti yang terdapat di bawah jambatan,” katanya lagi.
Sebelum ini, Sinar Harian ada menyiarkan bantahan penduduk kampung terhadap pembatalan projek tebatan banjir di kawasan itu.
Keratan bertarikh 22 Oktober lalu menyiarkan penduduk tidak berpuas hati kerana Kerajaan Negeri membatalkan projek tebatan banjir tanpa memaklumkan kepada mereka sebab pembatalan.
Alih paip utiliti
Hock Seng berkata, buat masa ini, Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengalihkan paip utiliti yang ada di bawah jambatan.
“Kami telah membuat surat kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom untuk meminta mereka mengalihkan kabel dan paip yang ada di bawah jambatan.
“Berkemungkinan dalam masa terdekat, kami akan bermesyuarat dengan mereka dan berbincang mengenai hal ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, kata Hock Seng, pihaknya akan memantau proses pengalihan tersebut dan masih mempertimbangkan jika penyelesaian itu bakal membawa kesan dan impak yang positif untuk penduduk.
Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan RM2 juta oleh kerajaan persekutuan, Hock Seng berkata, kos projek tebatan banjir yang dijalankan di sini dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sendiri.
“Kami keluarkan peruntukan sendiri untuk melaksanakan projek tebatan banjir. Sehingga kini, kami sudah peruntukkan RM6.5 juta untuk menjalankan sistem perparitan dan lencongan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dan Alma,” katanya.
Antara projek menaik taraf yang dijalankan bagi mengurangkan risiko banjir di Machang Bubuk ialah di Taman Remia, Jalan Seladang dan Taman Sejahtera.
Selain itu, satu lagi projek tebatan banjir bakal dijalankan di Kampung Tok Konam dengan peruntukan RM200,000.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKN) kawasan Jalan Gajah Mati dan Machang Bubuk, Ismail Elin, 70, berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada penduduk mengenai penyelesaian terbaru yang dirancangkan oleh pihak berkuasa.
Masalah banjir di kampung ini sudah lama dihadapi oleh penduduk. Saya berpuas hati dengan usaha pihak terbabit dalam membantu kampung kami mengatasi masalah ini.
“Diharapkan, dengan usaha pengalihan paip utiliti ini dapat mengurangkan risiko banjir di kampung kami,” katanya.
Sementara itu, Michael Tan berkata, risiko banjir dapat dikurangkan jika penduduk bekerjasama menjaga kebersihan parit.
“Saya percaya jika sampah sarap dibuang di tempat yang betul, risiko banjir pasti dapat dikurangkan dengan adanya kerjasama daripada penduduk,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

Dah paham belum?
Duit RM2Juta.. Bukan Duit Kerajaan Pusat TAPI Duit Kerajaan Negeri
Siapa yang Halang Projek Dilaksanakan.. "Peniaga membantah penutupan di sebelah jalan kerana menjejaskan perniagaan mereka sementara pengguna jalan raya membuat aduan jalan begitu sesak disebabkan penutupan sementara yang pernah dilakukan."
Siapa yang call Dato' Musa, suruh batalkan projek tambatan banjir nie?

No comments:
Post a Comment