VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 7 November 2012

Tsunami Politik Bakal Melanda Johor Pada PRU 13.. BN Bakal TerKalih Di Johor.. Ini Buktinya


PETALING JAYA - Tsunami politik diramal berlaku di Johor dalam pilihan raya umum ke 13 nanti membabitkan kerusi parlimen dan dewan negeri, menurut satu NGO yang menghadiri perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Johor Baru baru-baru ini. Perjumpaan itu dihadiri kira-kira 600 ahli NGO Melayu dan penasihat agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor.

Dengan jangkaan 80 peratus pengundi Cina menyokong pembangkang dan perpecahan di kalangan pengundi Melayu, 11 kerusi Parlimen diramal dimenangi calon dari Pakatan Rakyat.

Ini bermakna 11 kerusi Parlimen sahaya yang kekal di tangan BN teramsuk kerusi Pagoh yang dimenangi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Walapun Johor kekal di tangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya dua kerusi,” kata NGO itu.


Belum daftar


Menurutnya, pendaftaran penguni baru yang dibuat oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP amat menggalakan tetapi kira-kira 73, 000 ahli Umno masih belum mendaftar sebagai pemilih. Perkembangan ini katanya, boleh menggugat kuasa politik orang Melayu.

“Kuasa politik Melayu semakin terancam kerana golongan muda yang masuk ke dalam pengundi baru majortinya condong ekpada pembangkang tanpa mengira kaum.

“Tuntutan yang melampau oleh bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis dalam perlembagaan dipandang sepi oleh orang melayu. “Mereka tidak lagi sensitif kerana kedudukan mereka yang boleh dianggap selesa,” kata NGO itu./fmt

 Ulasan:

Orang melayu asyik berkhayal dengan semangat kebangsaan melayu tanpa menyedari bahawa melayu tidak diiktiraf oleh Allah sebagai makhluk yang baik, Allah hanya mengiktiraf sejauh mana manusia itu beriman kepada perkara keimanan
Jika orang melayu berbangga dengan islam, maka Allah juga tidak berbangga dengan islam mereka kerana Allah tidak pernah menyeru kepada orang-orang islam, akan tetapi Allah hanya menyeru kepada orang-orang yang beriman

Di dalam Al Quran sebanyak 88 kali Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman sebagai mengingatkan mereka, dan tidak sekalipun Allah menyeru kepada orang-orang islam, saya rasa sampai masanya Allah hendak menunjukkan kuasanya kepada orang yang berbangga dengan semangat bangsa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.