VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 7 November 2012

Demo lagi di Pulau Pinang.. Kali ini NGO desak perlaksanaan Hudud pulak..


Demo lagi di Pulau Pinang.. Kali ini NGO desak perlaksanaan Hudud pulak..


Kasihan mereka.. kerana tidak menyedari bahawa perlaksanaan Hukum Hudud dinegara ini telah ditentang pemimpin UMNO sendiri, mereka telah berjemur di bawah terik matahari menuntut perlaksaannya di Pulau Pinang.

Nak kata tak tahu takkanlah kat rumah depa tak ada TV kot, sebab Najib tolak perlaksanaan hudud tu disiarkan oleh Buletin Utama TV3.. sila lihat di ( SINI )

Hari ini kira-kira seramai 30 ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang dan penjaja Padang Kota Lama mendesak Speaker Datuk Abdul Halim Hussain membentangkan usul pelaksanaan hukum hudud dan isu penjaja kecil Padang Kota Lama pada persidangan DUN kali ini.

Pengerusinya Salleh Ismail berkata beliau telah menghantar memorandum berhubung isu itu pada 1 Nov lepas namun sehingga hari kelima persidangan perkara itu masih tidak dibangkitkan di dalam dewan.



"Sejak hari pertama dewan bersidang dua orang wakil rakyat yang bertanggungjawab iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man dan Adun Padang Kota Lama Chow Kon Yeow langsung tak buat apa-apa.

"Sekarang ini, kami nak beri surat celaan kepada Datuk Speaker sendiri kerana kedua perkara melibatkan kepentingan rakyat ini tidak dibincangkan dalam dewan," katanya.

Dalam perhimpunan yang berlangsung lebih sejam yang bermula pukul 12.20 tengah hari itu berlaku sedikit kekecohan apabila Speaker Dewan enggan bersemuka dengan kumpulan berkenaan.

Sumber: ASD

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.