hahaha...aku suka..aku suka.... Jangkaan ku benar
belaka..hehe...Saham FGVH merudum lagi 12 november 2012..
apa sudah jadi? untuk sahabat2 ku peneroka felda, aku kesian
teramat kesian kat korang, emas yang dikejar taik lembu yang masuk genggaman
..nak buat camner.. dah itu takdir korang..yang penti
ng jadi kan pengalaman ini untuk menyedar kan korang betapa busuk
dan bangang nye puak2 umno memperdaya kan korang...
Mana janji bahagia dan kemewahan yang diorang tabur sebelum
mengambil harta benda korang? apa jadi sekarang? menyesal tak guna..bunga yang
korang beri ternyata najis yang di balas...bayang2 kehancuran sudah mula terbit
dengan merudum nya harga saham FGVH pada hari ni.. Jadi kan lah iktibar bahawa
UMNO bukan lah parti yang benar2 ikhlas untuk membela masyarakat felda...dengan
penyenaraian felda ke bursa saham semata2 untuk mengisi kocek pengerusi nya jer...korang
dapat apa? tunggu ler...kot2 ada sentuhan malaikat yang boleh memulih kan
FGVH..jika tidak korang anggap lah segala harta benda tu disedekah kan untuk
membantu pemimpin2 umno yang susah...ambiiik...
Saham Felda Bawah Paras Harga Penyenaraian – Kecelakaan yang Sudah
Dijangka!
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengulangi pendirian awal
betapa bahayanya tindakkan kerajaan menyenaraikan kepentingan Felda di pasaran
saham. Kerugian seperti yang berlaku hari ini sudahpun dijangka dan kerajaan
terlalu biadap terhadap rakyat khususnya warga peneroka apabila terus
memperdagangkan Felda di pasaran saham.
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini buat pertama
kalinya diniagakan di bawah RM4.55 paras penyenaraian iaitu pada harga RM4.53.
Warga Felda juga sebenarnya sudah mula mengalami kerugian sejak saham Felda
merundum di bawah paras RM4.70 mengambil kira kos dan faedah pinjaman. Harga
pasaran bagi saham Felda hari ini yang berlegar sekitar RM4.50 – RM4.59 pula
menjadi mimpi ngeri buat peneroka apabila ditinggalkan rugi tanpa jalan keluar.
SAMM menggesa satu badan siasatan perlu diwujudkan untuk melihat
siapakah yang mengaut keuntungan luar biasa di sebalik FGVH diniagakan. Apakah
benar Isa Samad mendapat RM puluhan juta dalam masa yang singkat?
Bailout Lonjakkan Harga Saham
Jika September lalu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah
berkorban membeli sebanyak 2.2juta saham demi melonjakkan harga saham FGVH,
kini lembaga mana pula yang akan bailoutFGVH? Apakah giliran
Lembaga Tabung Haji? Sedangkan KWSP sendiri tidak jelas justifikasinya untuk
membeli saham FGVH yang dijangka tidak mampu bangkit berdasarkan pasaran dan
kehendak semasa, termasuklah dari sudut fundamental yang tidak
stabil. Wang simpanan pekerja seolah-olah telah dilaburkan ke longkang dan wang
mengalir tanpa kembali – rugi!
Sekiranya rakyat punya hak untuk menentukan ke mana halatuju
pelaburan KWSP, KWAP, Tabunghaji, Perkeso, LTAT, maka sudah pasti pelaburan ke
atas Felda adalah halatuju yang paling dielakkan kerana kerugian yang sudah
dijangka ini.
Itulah padahnya sebuah kerajaan Umno yang ego, bongkak, takbur,
bodoh sombong yang tidak mendengar kata yang akhirnya menyusahkan orang yang
sudah sedia susah. Keringat warga peneroka zaman berzaman membangun Felda
umpama tidak lagi bernilai di mata Kerajaan. Apakah ini maksud sebenar ertikata
membela rakyat? Apatah lagi ‘jauh panggang dari api’ untuk membela melayu
kerana hanya kroni dan konglomerat sahaja yang dibela setakat ini.
SAMM juga menggesa keras supaya kerajaan bertanggungjawab di atas
kerugian yang dialami dan bertindak segera mengeluarkan FGVH dari pasaran saham
dengan kadar casualties paling minima. Tidak guna lagi
menunggu kerana kerugian dan kecelakaan ini sememangnya sudah dijangka dan
terus dijangkakan.
Bagi SAMM, tidak mustahil warga peneroka akan merempat di tanah
sendiri akhirnya dan terpaksa menjadi kuli bekerja keras untuk terus memberi
kekayaan kepada ‘tuan tanah’ yang baru merujuk kepada pemilik mutlak
saham Felda apabila ianya ‘diselamatkan’. Benarlah tekaan rakyat mengenai
nasib Felda, dimulakan oleh Tun Razak, dan diakhiri oleh Najib Tun Razak.
Begitulah nasib Felda.
Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.
Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.
Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara ‘paksa’ tanah-tanah peneroka sebagai modal.
“Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.
“Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.
“Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan,” kata Rebin ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.
“Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif,” katanya.
Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka. -EraPasca
Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.59 pada 12 November. -Bursa Malaysia
No comments:
Post a Comment