VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Wednesday, 14 November 2012

[Doktor ft. Misi] GEMPAR!!! Ketua Pengarah Kesihatan Merangkap Ahli UMNO Dicekup Berzina!


[SALAM MA'AL HIJRAH]

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di denda kerana khalwat.

Pertama sekali tahniah aku ucapkan kepada staf kakitangan jabatan yang bertanggungjawab sehingga kes berjaya dibuktikan di mahkamah. 
Tak kisahlah berapa jumlah denda, kenapa tak kena penjara, paling kurang pun kesan dari tangkapan akan timbul kesedaran... 






DALAM NEGERI

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat bersama seorang kakitangan kementerian di Hotel Pullman di sini pagi ini.
Dr. Hasan didakwa di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pasangannya, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, pula disabitkan dengan Seksyen 27 (b) di bawah akta sama dan dikenakan denda sebanyak RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal berbuat demikian.
Hukuman kes berkenaan dijatuhkan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin.- UTUSAN

PUTRAJAYA, 14 Nov — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.
Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.
Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.  Mereka membayar denda itu.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.
Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.  Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.
Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.
Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.  Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.
Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. — Bernama
 Fakta tertuduh:

Nama: Hasan Abdul Rahman

Jawatan: Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan

Nama : Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan

Jawatan: Jururawat Gred U41, Unit Pengurusan Peperiksaan Jabatan (PPJ)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.