VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 12 November 2012

Bergabung dapat memajukan Islam? Toksah la nak pemohong!


UMNO telah berkuasa selama 55 tahun. Sepatutnya negara telah berkembang menjadi negara maju dan agama Islam telah berkembang pesat. Yang berlaku sebaliknya. Segala infrastruktur dibangunkan hanya kerana hendak menarik sokongan pengundi 5 tahun sekali dan Islam telah menjadi semakin mundur. Kini, setelah hayat UMNO hampir ke penghujung mereka kembali melaung-laungkan pentingnya melayu bekerjasama (dibaca PAS dan UMNO bekerjasama) untuk merealisasikan perjuangan Islam.





Baca – sumber bharian.com.my
‘PAS, UMNO perlu jalin kerjasama perjuang Islam’
PAS perlu menjalin kerjasama dengan UMNO sekiranya ingin merealisasikan perjuangan Islam serta melaksanakan negara berkebajikan seperti dilaungkannya.Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Yusof Muhammad, berkata selagi PAS terus bekerjasama dengan DAP dan PKR, usahanya menjadikan Malaysia negara Islam berkebajikan tidak akan tercapai, malah ia juga kini dilihat semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal.
“Kalau PAS ingin bercakap soal negara berkebajikan, perkara itu sudah lama dilaksanakan UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional (BN). Suka atau tidak, PAS kena kerjasama dengan UMNO yang menjadi tunggak dalam perkara ini.

Suka atau tidak, PAS kena kerjasama dengan UMNO yang menjadi tunggak dalam perkara ini,” Dr Yusof Muhammad, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Lebih dominan

“PAS perlu belajar daripada sejarah di Perak pada 2008. Walaupun kata kerjasama dengan DAP dan PKR berdasarkan tahaluf siasi, DAP dilihat lebih dominan. Islam menetapkan jika adakan tahaluf siasi, pemimpin Islam kena memimpin dan buat keputusan.

“Seperti UMNO, walaupun bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka yang buat keputusan. Sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam, kenapa takut jalin kerjasama dengan UMNO yang dipimpin orang Islam, sedangkan tiada langsung individu Islam dalam barisan kepemimpinan rakan politiknya ketika ini, DAP,” katanya.

*********************************************************************
Tu kata2 pencacai suruhan UMNO yang dah sesak!
Di bawah apa pula kata2 pimpinan PAS semasa PRK Galas yang telah merasa pahit getir ditendang keluar dari UMNO selapas bergabung sekitar tahun 70an dulu
**********************************************************************
PAS: Kami bukan mungkir janji, tapi memang ‘ditendang’ BN keluar

Datuk Halim Abdul Rahman menegaskan, parti itu “ditendang” keluar dari Barisan Nasional (BN) penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

Justeru Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan Pengerusi Majlis Veteran Umno Kelantan Datuk Rozali Isohak sebagai “buta sejarah.”

“Memang PAS ditendang, jadi betul apa yang Datuk Nik Aziz katakan. Dulu PAS memang bekerjasama dengan Umno semasa bergabung dalam BN.

“Tapi ada beberapa perkara yang kita tidak setuju semasa berada dalam BN terutamanya ketika BN mengumumkan darurat di Kelantan ketika itu.

“PAS tidak setuju, kita menentang rancangan itu, sebab itu kita ditendang keluar dari BN. “Saya rasa orang yang bercakap PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno ketika itu tidak tahu sejarah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Rozali menyangkal kenyataan Nik Aziz bahawa PAS telah “ditendang” keluar dari BN sekitar 1970-an dan bukannya PAS yang tidak mahu berkerjasama dengan Umno ketika itu.

Beliau berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh Umno semasa bergabung dalam BN.

“PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin Umno merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi,” katanya.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang dari BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan Umno.

Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk “Fatwa `Ikut Suka PAS’’: Umno Keliru dan Terus Keliru” yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS.

PAS, katanya, bergabung dengan Umno membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut dan seterusnya membawa kepada peristiwa PAS ditendang daripada BN dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978.

Tambah Halim, PAS tidak mungkir janji kepada BN ketika itu dan menegaskan, parti Islam itu tetap akan keluar kerana sudah tidak mempunyai kesefahaman lagi.

“Kalau tidak ditendang pun kita memang akan keluar dari BN kerana sudah tidak tahan lagi berada dalam BN.

“Kita sudah perit dengan BN,” kata beliau mengulas isu ini yang muncul semula ketika berlangsungnya pilihan raya kecil kerusi DUN Galas sekarang.

Kempen pilihan raya bermula Selasa lalu dan pengundian dijadualkan 4 November ini. Isu ini timbul ketika ada pandangan supaya PAS dan Umno mengadakan semula perpaduan politik.

Bagaimanapun Nik Aziz menegaskan kemungkinan itu tidak boleh menjadi kenyataan berdasarkan pengalaman tahun 1970-an.

P/S: Bergabung? Tak bergabung? La ni pun PAS dah berbalah kerana ada segelintir pimpinan yang meleleh ayoq liuq nak bergabung sangat2! Katakan la bergabung. Adakah kemungkinan Islam akan semakin maju? Adakah  muka2 yang gila sangat nak bergabung tu dapat memajukan Islam? Aku tak nampak. Yang aku nampak sangat2 cuma nak memajukan diri depa je! Adakah mereka yang Tuhan bagi peluang berkuasa cuma dapat bertahan satu penggal dapat bekerjasama dengan UMNO memajukan Islam? huhuhu! aku tak percaya langsung! 

Sumber: MP




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.