VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 15 September 2013

Perkembangan Kes Polis Sakit Mental Tembak Isteri, Bapa Mertua


Update
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini malam tadi.


Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang iman di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

"Iman itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja," katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan Iman itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - Bernama

Imam ka Iman aku pon tak tau.. jauh benar maksud tu..

Perkembangan kes

Suspek
Fazli Bin Omar, 
Kerja : Agg Pondok Polis Cempelak, 
Umur : 29 Tahun 

Mangsa 

Isteri 
Nama : Norakmal Binti xxxxc
Kerja : Kerani Smk seri Txxxc
Umur : 26 Tahun

Bapa Mertua
Nama : Abd Kxxxx B. Mxxxx
Umur : 65 Tahun
Kerja : Peniaga.

Perkembangan Kes :

Setelah pengesahan di buat Saspek dipercayai telah menembak Mati isterinya di Pondok Polis Cempelak, Labis sebelum datang ke Tangkak, Ledang dan menembak Bapa Mertuanya.

Punca :

Punca kejadian di perolehi daripada hasil temubual adalah disebabkan masalah keluarga. Masalah suspek dan isteri juga pernah merujuk ke jabatan agama. Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital. Sebarang Pekembangan akan dimaklumkan. 
Sumber: Bolehland

Info dari rakan mangsa
sila jgn buat andaian sendiri..wanita yg mati ditembak tu kawan sy..dia x curang..arwah memang sgt baik..family arwah pon baik...masalah mental. .kita x taw... x nampk..kita kdg2 pon x leh kawal emosi...nak jadikan sebab kematian..doakanlah semuanya roh mereka...di cucuri Rahmat.. -MasNkerolz Batris

***
Faktor pertama yang menyebabkan seseorang berhadapan dengan tekanan mental ialah masalah personality yang sempurna. Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu, masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang berat.

Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran akan mendorong wujudnya tekanan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Jadi, masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong penyakit psikologi.

Sifat-sifat yang boleh kita kenal pasti seseorang hadapi tekanan di peringkat awal :-

-Membebel
-Berdiam / Menyendiri
-Memprotes
-Marah yang keterlaluan
-Panas baran

Cara paling mudah untuk mengawal tekanan atau emosi ini haruslah sentiasa bersifat

-Banyakkan berdoa memohon pertunjuk dari ilahi dan bersulamkan usaha yang sihat.
-Berlapang dada dalam sesuatu masalah supaya jalan tenang dijumpai.
-Elakkan dari memaksa diri dan cuba tahu dimana kemampuan diri agar tiada yang terganggu.

Sedekahkan Al-Fatihah dan Takziah pada keluarga mangsa.. 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.