VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 19 September 2013

Karya KRU Studio, Vikingdom Sama dengan Innocence of Muslims (Hina Islam)

Aku cedok dari Vikingdom

Pembikin filem tempatan, KRU Studio mendapat maklum balas negatif setelah membelanjakan jutaan ringgit ke atas Vikingdom untuk mendapat perhatian antarabangsa dan memasuki Hollywood. 
Malah, pakar mitos Scandinavia zaman pra-Kristian menyifatkan kandungan cerita itu menghina dan menyongsang cerita asal mitos berkenaan. 

Lebih buruk lagi, Karl EH Seigfried, pengajar Universiti Loyola di Chicago menyamakan karya Yusry KRU - atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim - itu dengan Innocence of Muslims yang dikritik seluruh dunia kerana menghina Islam
"Video itu (Innocence of Muslimm) memutar mesej yang dibawa Nabi Muhammad dan menghina masyarakat Islam seluruh dunia.   
"Begitu juga filem tersebut (Vikingdom) telah menukar dan menyongsang peranan Thor," katanya menerusi surat terbuka kepada KRU studio di Facebook. 
"Saya berharap anda tidak menghina dan mengembalikan memori ramai pengikut yang telah diseksa dan dibunuh kerana keengganan mereka meninggalkan kepercayaan lama." 
Bagi pengikut kepercayaan lama itu, dewa-dewa Scandinavia dimuliakan dan Thor sebenarnya melindungi dunia dewa dan manusia. 
KRU Studio sebaliknya didakwa memaparkan dewa Viking itu sebagai penakluk. 

"Saya faham bahawa ia semata-mata fantasi dan aksi pengembaraan, disasarkan untuk pasaran yang besar. Bagaimanapun, budaya pop boleh memberikan kenyataan yang serius juga. Apa kenyataan yang mahu kamu buat dengan filem ini? soalnya
Filem Vikingdom dibintangi oleh pelakon Hollywood terkenal Dominic Purcell dan mula ditayangkan mulai 12 September lalu. -MKini
Vikingdom - Official Trailer 


Aku dah tengok cerita nie kat LFS.. Ermmmmmmm... Rate yang aku boleh bagi 5/10.. 

Jika hollywood ada robin hood, indiana jones mengapa tidak dunia Islam ada wira mereka sendiri. RM20juta boleh digunakan untuk menaikkan imej wira Islam yang cekap, pantas dan bijaksana di zaman kegemilangan Islam Abbasiyah yang penuh kecanggihan dan inovasi ketika itu. Secara tidak langsung akan diselitkan di dalam filem sebegini imej islam seperti dermawan, saling hormat menghormati dan menjaga imej wanita yang menjadi tuntutan didalam Islam zaman itu yang tiada di eropah (darkage).

Kalau buat pasai Sejarah Melayu Silam pon cantik jugak.. 

Takpa Yusri, sekurang-kurangnya hang berani buat filem yang boleh menarik perhatian antarabangsa termasuk hollywood. Kalau nak kata kontroversi, sebelum ni pun ada banyak filem yang mencipta kontroversi. kalau nak kata filem ni telah menukar dan menyongsang peranan Thor, ada berlambak lagi filem yang terpesong dari fakta sebenar tentang sejarahnya. Filem ooooo filem....

Aku nak tanya sampai bila lagu NegaraKU akan bertahan kat dalam Panggung Wayang? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.