VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 13 May 2014

TERKINI: Kisah Sebenar Disebalik Mad Said Letak Jawatan Yang Ramai Rakyat Terengganu Tidak Tahu


Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said keluar dari UMNO dibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.

"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?

"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.

Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.

Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,

"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".

Relaks.. Politik Merajuk! Najib Belum Bagi Hulur Habuan Untuk Mad Said.. Kalau dapat pasti Mad Said U-Turn/Bebas mesra UMNO

7 comments:

  1. Ahmad Said seorang yang berpegang pada prinsip. Beliau takkan U-turn walaupun dah jumpa signboard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelako plak, sebab die memang dah buat u-turn tu

      Delete
  2. Keluar UMNO sb suruh letak jawatan sblum kenduri kahwin anak...adoiii..apa punya alasan nie ex MB aiii...jadi lah dewasa sikit..saya yg baca nie pun pelik...knp lah nk dikaitkan kenduri dengan dh jd MB slama 5 tahun tu..bukankah duluanda sndiri kata berkhidmat ikhlas untuk rakyat kaaa...nie..rakyat kee..kaum kerabat
    .

    ReplyDelete
  3. Mad Said tebaik...jiwa rakyat..tk x mb lain dpt tndingi die..

    ReplyDelete
  4. Najib nak MB macam Rosmah bergaya pandai putar putar .. Mat Said kekampungan

    ReplyDelete
  5. Alasan sebab nak majlis anak memang peribadi. Jadikn Saidina Umar Al Khatab sebagai contoh, berhati2 dalam harta, terutama melibatkan hak rakyat. Siap ada dua lilin lagi, untuk hal negara dan hal keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, khalifah umar bin abdul aziz, bukan saidina umar al khatab (datuknya)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.