VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 31 December 2013

Kisah Sebenar Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.


Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 31.12.2013.

Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218.(sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.

Di bawah kelayakan Ketua Menteri Pulau Pinang memang berhak menggunakan 2 buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300. YAB Ketua Menteri Pulau Pinang kini menggunakan sebuah kereta sahaja.

Sebelum ini, Ketua Menteri dan ahli-ahli EXCO enggan membeli 15 buah kereta Mercedes kerana pembayaran cukai yang melebihi kos kereta, adalah terlalu tinggi. Pembekal kereta Mercedes Benz juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi.
Maka Ketua Menteri dan ahli EXCO telahpun memilih untuk membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai. 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 telahpun diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober 2013.

Selepas pembelian kereta Toyota Camry, pihak pembekal kereta Mercedes telahpun memberikan pengesahan pada 20 November 2013 untuk  menawarkan sebuah kereta S300L dengan harga RM298,263.75. Harga ini adalah dipotong cukai dan juga diberikan diskaun khas RM100,000/-.

Lagipun pembekal kereta Mercedes memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli kereta tersebut dan boleh dikembalikan kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diperolehi. Mesyuarat EXCO telah memutuskan secara sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes S300L pada   20  November 2013.

Ini adalah berdasarkan perbezaan besar di antara harga asal RM 657,218 dengan harga diskaun RM 298,263.75. Ia dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes memang bertahan lama sama seperti kereta Mercedes Benz S320L yang dipakai zaman bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang digunakan sejak dibeli pada 4 September 1995.

Lagipun harga pembelian kereta lama Mercedes Benz S320L itu adalah sebanyak RM 271,331.22 pada tahun 1995, iaitu harga 18 tahun dahulu, yang tidak banyak beza dengan harga baru sekarang. Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan oleh YAB Ketua Menteri akan diberikan kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Ustaz Maktar Shapee.

MOKHTAR MOHD JAIT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.