VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 19 November 2018

Seorang Menteri Kabinet Pengkhianat Negara Perlu Dilucutkan Jawatan


VIDEO CLIP INTERVIEW: P. WAYTHA MOORTHY

Mr. P. Waytha Moorthy kini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Video clip ini adalah interview dengan Mr. Waytha Moorthy ketika beliau menghadiri satu seminar dengan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di Eropah.

DI DALAM INTERVIEW TERSEBUT

Mr. Waytha Moorthy mengatakan bahawa dia adalah generasi ke-4 orang India yang berhijrah ke Malaysia.

DIA JUGA MENYATAKAN BAHAWA:

1. Tiada kebebasan agama di Malaysia.

2. Banyak orang India (Hindu) dipaksa tukar agama kalau mahu dilantik sebagai Penjawat Awam atau hendak biasiswa pendidikan.

3. Semenjak kemerdekaan tahun 1957, lebih 10,000 kuil dirobohkan. 23,000 lagi kuil berisiko akan dirobohkan.

4. Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan hak milik kekal (land title) kepada kuil-kuil ini.

5. Anak-anak India yang berjaya dalam pelajaran tidak mendapat biasiswa.

6. Anak-anak Melayu Islam mendapat 90 peratus tempat di universiti tempatan.

7. Berbillion Ringgit dibelanjakan setahun untuk menaik taraf Ekonomi bangsa Melayu sahaja.

ULASAN

Mr. P. Waytha Moorthy banyak berbohong dan mengelirukan Ahli-Ahli Parlimen Dutch/ Holland di seminar tersebut.

Di antaranya :

1. BERBOHONG. Adalah tidak benar tiada kebebasan beragama di Malaysia.

2. BERBOHONG. Dengan mengatakan anak-anak India dipaksa tukar agama (Islam) sekiranya hendak dapat kerja sebagai Penjawat Awam dan biasiswa kerajaan.

3. BERBOHONG. 10,000 kuil telah dirobohkan. Macam mana tak roboh, mereka membina kuil di atas tanah kerajaan dan tanah orang lain. Mereka membina kuil ikut suka hati mereka sahaja. Bila disuruh pindah, mereka meminta wang pampasan yang tinggi.

4. BERBOHONG. Anak-anak India banyak mendapat biasiswa pendidikan melalui MAIKA dan MIC.

5. BERBOHONG. Anak-anak Melayu Islam dapat 90% tempat di universiti tempatan. Ini angka yang bohong dan tidak tepat.

6. BERBOHONG. Bila menyatakan bahawa berbillion ringgit dibelanjakan untuk menaikkan taraf ekonomi orang-orang Melayu setiap tahun. Kerajaan BN juga telah berbelanja berbillion untuk bangsa India di Malaysia. Di antaranya perbelanjaan untuk Sekolah Tamil. Pinjaman Tekun kepada bangsa India. Dan lain-lain.

KESIMPULANNYA

Mr. Moorthy dengan sengaja berbohong dan memburuk-burukkan negara Malaysia kepada Ahli-Ahli Parlimen dari luar negara.

Beliau menceritakan perkara-perkara bohong. Kononnya bangsa India ditindas dan ditekan oleh Kerajaan BN terdahulu.

Hari ini Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) mengadakan Sidang Akhbar mengenai Presiden MIC, Tan Sri Viki (Presiden Dewan Negara) memasuki ruangan VVIP di KLIA Airport memakai slipper.

Wahai Anthony Loke, mana lebih memalukan pakai slipper di KLIA atau MEMALUKAN NEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA?

Kita DEMAND, Dr. Mahathir PECAT MR. WAYTHA MOORTHY dengan segera dari menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MEMALUKAN NEGARA. Seorang Menteri Kabinet ?!?!?!?!

https://youtu.be/k_II7mh0XrY

Kenyataan Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1933403970068582&id=822217207853936

2 comments:

  1. Kalau lah apa yang dia kata tentang ketidakadilan dalam masyarakat se Malaysia memang betul sebab jelas sekali penindasan demi penindasan di lakukan terhadap orang melayu islam, sedang mereka (bukan islam/bukan penduduk asal/pendatang dari luar ) terus menerima segala macam kelebihan tak kira dalam aspek politik/ekonomi/kesejahteraan maka adalah patut sangat dia menyebut negara malaysia berlaku ketidakadilan dalam masyarakat malaysia. Saya akan sokong kalau dia mengungkit agar semua sekolah-sekolah jenis kebangsaan (tak kira samada jenis kebangsaan Tamil/Cina ) di hapuskan dan ditetapkan dalam satu jurusan bermakna hanya sekolah beraliran Kebangsaan dan Bahasa Malaysia sahaja sebagai bahasa pengantar. Sekolah sekolah jenis kebangsaan perlu di hapuskan terus manakala mana-mana syarikat perniagaan yang berpusat diluar Malaysia (dalam erti kata lain bukan milik rakyat tempatan) perlu dikenakan syarat yang lebih ketat dengan mengenakan syarat sekurang-kurangnya 50% kakitangan adalah orang Melayu. Tapi apa pemimpin PH peringkat atasan buat dan apa tindakan mereka dalam memperjuangkan untuk kepentingan orang melayu / islam ? ( si keling laknat ni dah confirm bukan melayu/dan bukan islam) bukan kan lebih baik kalau pemimpin PH yang dipilih untuk memenangi PRU 14 ni tidak hanya mementingkan poket dan kedudukan diorang jer... tapi bila ada orang memberi komen rentang keadaan dalam negara si Pemimpin PH mula macam orang gila, sedangkan korang sendiri tak menjaga kepentingan negara tu pasal bangsa lain dengan senang memperlekehkan korang.. Mana penyokong-penyokong UMNO/BN yang sebelum ni memandang rendah kepada orang lain menyembunyikan diri bila maruah bangsa dan negara di pijak sedemikian ? atau orang melayu cuma tahu memburukkan bangsa dan saudara seagama sendiri

    ReplyDelete
  2. Atok..mana ni ..? Tolong lah cucu ni Atok...India tu nak kenakan kami Melayu...DAP pun sama...Atok...tolong laaaa...Atok...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.