VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 20 August 2014

Punca Sebenar Mahathir Tidak Puas Hati Dengan Najib Razak


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan supaya tidak memandang remeh sebarang nasihat bernas yang diberikan untuk manfaat rakyat dan negara.

"Saya menegur kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya," katanya.

Katanya, budaya Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan seperti 'Sayangkan anak tangan-tangankan', 'Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan' dan ingin ditambah sedikit 'Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan'.

"Saya lihat Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

"Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara," katanya mengimbas tegurannya terhadap beberapa dasar dan tindakan Tunku Abdul Rahman yang tidak disenangi ramai sehingga Perdana Menteri pertama negara itu mengundur diri.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas ditegur Dr Mahathir, selain prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga beliau meletak jawatan.

"Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi” dan saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan," katanya.

Dr Mahathir berkata, bagaimanapun dilihat dasar dan tindakan Najib yang menjadi pilihan untuk menggantikan Abdullah tidak lebih berkesan.

"Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

"Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya," katanya.

Oleh itu, Dr Mahathir mengakui beliau tidak ada pilihan, selain menarik balik sokongannya terhadap Najib.

"Tetapi, ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," katanya.

Beliau juga menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap langkah kerajaan mendapatkan pandangan negara jiran berhubung isu domestik.

"Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama," katanya.

Seterusnya beliau mengkritik dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna, menaikkan import dan mengabaikan industri tempatan, manakala tindakan menaikkan gaji minimum menggugat daya saing indusri tempatan.

"Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Beliau juga mendakwa, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

"Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur," katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.