VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Sunday, 22 February 2015

Bantah Cadangan Kenaikan Tambang Feri Pulau Pinang


Kenyataan Umum

AMKPP Bantah Cadangan Kenaikan Tambang Feri Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) membantah cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, (SPPP) untuk menaikkan tambang feri bagi pengguna perkhidmatan itu.

Kenaikan ini pastinya bakal membebankan lagi pengguna perkhidmatan tersebut,yang mana mereka sendiri sudah sedia dibebankan dengan perlaksanaan cukai GST yang akan dilaksanakan bermula April ini.

Hasil dari kaji selidik pengguna pada 17 Feb 2015 setakat jam 3.30 petang,pengguna mendapati kenaikan sehingga 75% itu sebagai tidak munasabah,sehingga memberi satu impak dan persepsi bahawa pemilik perkhidmatan feri itu sebagai rakus mengejar kekayaan dan ingin 'merompak' rakyat Pulau Pinang sendiri.

Mereka yang menggunakan perkhidmatan ini rata-rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana,yang mana saban hari mereka terpaksa merentas laut dlm mencari sumber rezeki di sebelah pulau mahupun tanah besar dengan pendapatan yang cukup-cukup makan sahaja.

Kami meminta supaya pihak SPPP mendengar suara rakyat Pulau Pinang dan mempertimbangkan untuk menangguhkan cadangan kenaikan ini,sebaliknya pihak SPPP harus memperbaiki dahulu perkhidmatan feri yang mana sebelum ini agak kurang memuaskan.

AMKPP menyeru kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk menggunakan hak serta kuasa sebagai rakyat untuk membantah cadangan tersebut sehingga pihak SPPP menangguhkan atau membatalkan terus cadangan tersebut.

Sekian,

Nakshahbandi Sahar,
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan 
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.