VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 10 December 2016

Pemuda PAS Berminat Kerusi Parlimen Permatang Pauh


PERMATANG PAUH: Pemuda PAS berminat dengan kerusi Parlimen Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato Ir A Rashid mengulas 'minat' Pengerusi PAN Pulau Pinang berkenaan perkara ini. PAS yang sekarang ini telah bebas daripada sebarang ikatan pakatan kini lebih bebas memilih untuk bertanding dimana-mana kerusi di Pulau Pinang.

Bahkan mungkin mempertimbangkan untuk mengganti kerajaan DAP yang semakin rosak sekarang ini dan kerajaan BN yang sememangnya diketahui umum rosak teruk.

“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.

PAS pernah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh semasa Almarhum Ustaz Zabidi Ali dahulu dan kejayaannya tidak mustahil akan berulang kembali.

Peluang yang di idamkan oleh pemuda PAS memberi peluang kepada UMNO mengatur strategi yang bijak untuk mendapatkan Parlimen Permatang Pauh. Sekalung tahniah kepada minat pemuda PAS.

3 comments:

  1. Silakan PAS...
    Kita tengok berapa kerusi parlimen PAS dapat nanti...
    Kalau makin buruk dengan umur lebih 60 tahun, sapa2 yang jadi ahli PAS semenjak 30 tahun lepas, go lah..
    Sekali mendapat sokongan rakyat, sepatutnya makin hebat dan makin lebih baik...
    Kalau makin buruk.. go lah...

    ReplyDelete
  2. Aku pun naik hairan parti pas ni..dr pemimpin hingga walaun2 dah sampai tahap BODOH GABAN. aku tak tahu atas dasar apa yg ckp mereka kuat..masa PRK permatang pauh pun dah di pulau pun masih boleh menang..yg keluarkan kenyataan di atas..Ir tu.. gelak aku bila penganalisa politik berkata parti pas masih mencari hala tuju..kan di namakan BODOH GABAN.. umur 60 masih mencari hala tuju..pandang ahli akademik..setelah TGNA tiada..ada ahli2 pindah ke AMANAH..parti serban masih mencari idintiti.. malu betul.

    ReplyDelete
  3. Ulasan Pan dan pakatan harapan di atas menunjukkan mereka semakin takut. Ini lah permulaan kekalahan pakatan harapan jika Pas bertanding. Kalau Pas bertanding dan kalah pun pakatan harapan tidak rugi apa-apa. Ini jelas menunjukkan pakatan harapan menagih undi dari ahli Pas. Maaf ahli pas sejati dan istiqamah tidak memilih pakatan harapan yang dibimbing oleh ketuanya Dap. Apapun kamu tidak terlintas pun dalam bayangan kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.