Kenyataan Umum
3 Julai 2016
Muhyiddin Tidak Sesuai Di Angkat Sebagai Ketua Pembangkang
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman yang mengakui ada perbincangan dalam parti Amanah mencadangkan pelantikan Muhyiddin Yasin sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.
SAMM berpendirian ini adalah perkara yang tidak boleh dipertimbangkan.
Bagi SAMM, Muhyiddin semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menyokong Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak meluluskan beberapa dasar yang menindas rakyat.
Antaranya pelaksanaan GST, Akta SOSMA, Pindaan Akta Hasutan, Akta MKN dan belanjawan Negara yang menindas rakyat.
Soalnya, Adakah Muhyiddin semasa beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri gagal memahami derita rakyat. Dan setelah hilang kuasa baru nak fahami derita rakyat?
Najib adalah Perdana Menteri yang kerap bercuti. Muhyiddin semasa memangku jawatan Perdana Menteri boleh bertindak melakukan perubahan pada dasar jika beliau faham derita rakyat.
Imbau kembali tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim berbanding Muhyiddin Yasin. Anwar semasa memangku jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997 meminda Akta Rasuah. Akhirnya, kesan daripada tindakan tersebut telah menyebabkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan fitnah jijik jahat ke atas Anwar sehingga tercetusnya gelombang reformasi 1998.
Atas semangat demokrasi Muhyiddin boleh sertai mana-mana parti politik yang menjadi pilihannya. Namun, Apa perlunya Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang?
Pasukan Mahathir dan Muhyiddin perlu ditinggalkan tidak dibawa masuk rumah perjuangan Pakatan Harapan. Pimpinan PH perlu terus fokus mengerakan kuatkan dan mencipta momentum rakyat yang kuat menjelang PRU 14.
Pasukan Mahathir dan Muhyiddin hanya mahu menggunakan Pembangkang dalam misi menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri. Selesai misi Najib digulingkan, Pasukan Mahathir dan Muhyiddin akan meyertai UMNO semula , Kembali berkuasa dan kembali memijak pembangkang. Semoga pimpinan Pakatan Harapan sedar mengenai perkara ini sebelum terlambat dan tidak dipatuk dari lubang yang sama.
Sekian,
Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM)
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment