VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 27 May 2014

FELDA Ada Saham Dalam Cadbury Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia Gesa Boikot!




Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.

Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury ini dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Katanya, pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.

PUM juga, ujar beliau mengalu-alukan masyarakat Islam yang prihatin agar meningkatkan kesedaran halal dengan menjemput mana-mana makmal kimia untuk membuat ujian terhadap sesuatu produk, dan memohon pengesahan daripada Jabatan Makmal Malaysia atau sekiranya terdapat keraguan pada mana-mana produk yang mempunyai sijil halal.

Tambahnya, PUM menasihatkan agar syarikat-syarikat besar tidak mempermain atau mempersenda mengenai perkara halal dalam produk yang dikeluarkan.

Beliau menegaskan, para pengguna dan umat Islam tidak teragak-agak untuk memboikot mana-mana produk yang didapati mencemari halal dengan memasukkan unsur tidak halal sama ada dengan sengaja ataupun tidak.
 
PUM juga, kata beliau sangat kesal kerana syarikat Cadbury tidak langsung menyatakan permohonan maaf secara terbuka.

“PUM menggesa supaya mereka memohon maaf kepada para pengguna terhadap perkara ini,” ujarnya.

Menruutnya, sekadar menarik balik produk tanpa permohonan maaf menunjukkan keangkuhan syarikat tersebut.

“PUM turut mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa yang telah menemui kes produk yang mengandungi DNA khinzir ini,” ujar beliau. - HARAKAHDAILY 25/5/2014

5 comments:

  1. Ada bukti ke Felda ada saham dlm Cadbury. Tahu ke Cadbury dibawah sykt apa. Ini sykt international tau. Jgn memandai2 nk buat fitnah kang kena saman mampu ke nak byr mcm hadi hadi tu. Cadbury dimiliki Kraft Food yg menggunakan nama Mondelez International. Induknya adalah Philip Morria, pembuat rokok terbesar di dunia. Mau ke sykt besar begitu nk jual saham kpd Felda. Dan Felda pla mampu ke nak beli saham sykt gergasi tersebut. Muhasabah diri admin.

    ReplyDelete
  2. Philip Morris laa.. bukan philip morria.. ape daaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo la tu.. huruf a dengan s dekat2..

      Delete
  3. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=733205193390075&set=gm.10152124978491088&type=1

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.