VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 7 April 2014

Pray4Rosmah: Rosmah Nasihatkan "Pengedit" Supaya Kembali Ke Pangkal Jalan


Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama, 6 April, 2014.

4 comments:

  1. CUKUP RASA KOTOR DAN MENJIJIKAN KERAJAAN SEBEGINI RUPA.KOMEN YG MACAM NI PUN NAK TANGKAP.SEDANGKAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA PUN TAK DITANGKAP.PFZ PUN TAK DIJEL.KAPAL SELAM RASUAH SEORANG PUN TAK BERSALAH.APA PUNYA KERAJAN

    ReplyDelete
  2. Cengitulah Dulu Kini & Selamanya cara UMNO BN...
    Kita semua kena singkirkn pemimpin2 Umat Melayu Naif Otaknya dgn Buang Najib yg jdi Beban Negara PASti negara aman

    ReplyDelete
  3. hina tok guru dgn gambar khinzir xde plak kna tangkap???atas dunia bole la tunjuk kuasa..tunggu la azab pedih utk kamu wahai penguasa...

    ReplyDelete
  4. kes edit mcm ni pun nak dibesarkan]
    kes altantuya tak nak pulok?
    siap ckp merapu?
    kerapu ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.