VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 11 April 2014

GST : Mengapa Hanya 81 Yang Menolak?




Rang Undang-Undang GST yang telah diluluskan pada tanggal 7 April 2014 merupakan antara rang undang-undang besar yang memberi kesan langsung kepada keadaan kehidupan rakyat apabila dilaksana kelak.

RUU ini telahpun menjadi bahan mulut ramai semenjak kempen PRU 13 lagi dan lebih kuat kedengaran apabila Perdana Menteri mengumumkan hasrat Kerajaan untuk melaksanakannya menjelang April 2015. Serentak itu juga, pelbagai kumpulan masyarakat sivil telahpun menjalankan kempen masing-masing sama ada menyokong atau membantah perlaksanaan GST ini.

Namun, SAMM Johor agak terkejut sewaktu RUU ini diluluskan dengan undian 118 menyokong dan 81 menolak. Mengapa hanya 81 yang menolak? Ke mana 8 orang Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti komponen Pakatan Rakyat menghilang sewaktu Rang Undang-Undang ini dibentang untuk pengundian? Walhal, Pakatan Rakyat secara jelas membantah RUU ini.

Ia memang pasti bahawa 89 tidak akan dapat mengatasi 133 namun, keikhlasan sebagai mengotakan janji bahawa merekalah merupakan pemimpin yang mendengar derita denyut nadi rakyat inilah yang ditagih. Hampir selalu pemimpin-pemimpin ini berdegar-degar sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di pentas ceramah menyatakan 51% rakyat Malaysia menyokong mereka, nah inilah masanya untuk menunjukkan kesungguhan anda dalam mempertahankan kehendak dan suara 51% itu.

Kehadiran penuh 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menggagalkan RUU GST diluluskan tetapi ia menjadi bukti kesungguhan dalam mengotakan janji tapi malangnya Pakatan Rakyat masih gagal dalam memastikan kehadiran setiap wakil mereka pada hari pengundian satu rang undang-undang yang memberikan kesan kepada kehidupan rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat secara jelas telah memberitahu pada hari Khamis sewaktu RUU ini mula dibahaskan bahawa perbahasan akan mengambil masa selama 2 hari. Begitu juga pada pagi Isnin yang lepas, Speaker telah sekali lagi menjelaskan bahawa perbahasan akan ditamatkan pada petang tersebut bagi membolehkan Menteri Kewangan menggulung dan kemudiannya sudah pastilah pengundian untuk meluluskan RUU ini akan dilakukan. Dimanakah kepekaan ketua-ketua Whip parti komponen Pakatan Rakyat dalam memastikan kehadiran kesemua ahli mereka pada hari tersebut?

Di sinilah kewajaran pandangan SAMM Johor sebelum PRU lepas bahawa seharusnya setiap wakil rakyat hanya memegang satu kerusi sahaja, sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negeri. Bagaimana mungkin seorang manusia biasa akan mampu menggalas beban tugas sebagai Ahli Dewan Rakyat dalam ketika yang sama menjadi Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri? Malah, ada di kalangan yang tidak hadir itu, baru-baru ini mempunyai impian untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Adakah berada di luar Negara itu lebih penting daripada berbahas menyuarakan kepentingan seluruh rakyat Malaysia berkaitan GST? Jika pilihan berada di luar Negara itu lebih utama, maka bertandinglah di luar Negara.

SAMM Johor mengucapkan tahniah kepada 81 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah berjuang mempertahankan suara rakyat. Beberapa Ahli Parlimen PR yang telah berbahas dengan idea yang baik juga sememangnya layak mendapat penghargaan daripada segenap lapisan rakyat.

Bagi kumpulan 8 orang yang tidak hadir ini, anda semua berhutang satu penjelasan kepada penyokong dan 51% rakyat Malaysia. Jika anda tidak mahu memperjuangkan suara kami, berundurlah dan jangan menghina sokongan yang telah kami berikan dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku.

Kenyataan Ini Telah Disepakati Bersama Oleh

1. ROSLEE MOHD SHARIF

2. AZLAN ISHAK

3. MOHD AZROL AB. RAHANI

4. AHMAD ANWAR ASYRAF

5. MIRA SANI

Penyelaras-Penyelaras Bersama

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor

1 comment:

  1. sila dedahkan nama2 mp yang tidak hadir ketika pengundian sedang dijalankan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.