VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 18 December 2013

Menjadi Bualan Panas Menjelang Tahun 2014 dan Rakyat Gelak Terbahak-bahak Sebab Najib Gagal Tunaikan Janji Semasa PRU13 Lalu.. Semua Janji Tinggal Chapati..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan gagal mengotakan janji bahawa tiada kenaikan tol dalam Bajet 2011 lalu.

Ini adalah janji Najib semasa membentangkan Bajet – iaitu tidak akan menaikkan tol dalam masa lima tahun.

Janji Najib semasa membentangkan Bajet 2011, tidak akan menaikkan dalam masa 5 tahun terutama di empat lebuh raya milik Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ternyata berbohong dan menipu rakyat

Tindakan tersebut membuktikan bahawa kerajaan tunduk kepada syarikat konsesi tanpa mengambil kira situasi dan bebanan rakyat

Janji Najib dipetik, “Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang terpaksa menanggung kos pengangkutan yang semakin meningkat. Untuk meringankan beban pengguna lebuh raya, sukacita saya mengumumkan kadar tol di empat lebuhraya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta.

Tak sampai lima tahun, BN ‘menghadiahkan’ kenaikan tol pada awal 2014.

Dalam perkembangan lain pula..


Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Awas penjilat-penjilat Najib akan cuba sedaya upaya untuk KALIH isu nie.. Last-last pembangkang jugak yang salah.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.