VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 16 December 2013

Siap Sedia.. Kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) akan SERANG SABAH!!!


Siap sedia 'flush out' ancaman timur Sabah

Pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
   
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.
   
"Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

"Melaluinya kita akan 'flush out' semua anasir yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di sini, hari ini.
    
Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.
   
"Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia," kata Khalid.

Mengulas kes berbeza, beliau berkata, polis akan mengambil keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain.
   
Semalam, Mat Zain membuat laporan mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat afidavit palsu berhubung rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat keduanya.
   
"Kita akan lihat kesalahan yang didedahkan dalam kenyataan dibuatnya Mat Zain)," kata Khalid. - Bernama

Nota Kaki
Semoga perkara-perkara seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia..

Aku harap dengan kejadian ini tidak akan membuat rakyat leka akan Kenaikan Harga Barang & Perkhidmatan yang semakin rancak di laksanakan.. Ingat!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.