VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 19 December 2013

Teras Manifesto BN, Benarkah Kos Sara Hidup Semakin Rendah?

Masih kita ingat dengan ungkapan ini
"Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung. Malah, cadangan berkenaan kos sara hidup merupakan antara yang terbanyak disalurkan oleh orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014 baru-baru ini, dan ianya telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya. 
Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global." Najib Razak
Apa yang najib cakap sangat terpesong dari landasan 17 Teras Utama Manifesto BN

Sejak dua mejak nie.. Rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat. 

Tahun 2014 tidak lama lagi akan menjelma adalah tahun yang begitu mencabar dan kelam buat rakyat Malaysia.. 

Antara cabaran dan bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya. Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan. 

Kepada tangan yang memangkah..
"Terlajak perahu boleh berundur.. Terlajak memangkah macam inilah jadinya.."

Sebagai rakyat Malaysia apa yang perlu kita buat sekarang? Adakah kita hanya berpeluk tubuh dan tengok saja? Atau lakukan sesuatu? Itu adalah hak setiap seorang membaca di ruangan ini.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.