VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 31 October 2018

Pesanan Khas Rafizi Ramli Kepada Rakan-rakan di Sarawak


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sahabat-sahabat, anggota Parti Keadilan Rakyat [SARAWAK] (PKR)

Mengikut rekod kami, anda adalah anggota berdaftar PKR dan layak untuk mengundi bagi memilih pimpinan PKR di peringkat cabang dan peringkat Pusat pada hari [SABTU] akan datang 10 November 2018.

PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT – NEGERI [SARAWAK]

[SARAWAK, SABTU, 10 NOVEMBER 2018] JAM 9 PAGI KE 5 PETANG

Saya dan sahabat-sahabat menawarkan diri untuk memegang amanah kepimpinan parti kerana kami percaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlukan dokongan padu memperkuatkan parti, sebagai sebahagian dari persediaan beliau menjadi Perdana Menteri ke-8. Saya juga berhasrat untuk menubuhkan koperasi khusus untuk ahli-ahli KEADILAN di seluruh negara untuk membantu mengukuhkan kedudukan ekonomi sahabat-sahabat di bawah.

Pengundian di cabang-cabang [SARAWAK] akan diadakan bermula jam 9 pagi - 5 petang :

SABTU, 10 NOVEMBER 2018 [SARAWAK]

Cabang-Cabang :

MAS GADING - SANTUBONG - PETRA JAYA - BANDAR KUCHING - KOTA SAMARAHAN - MAMBONG - SERIAN - BATANG SADONG - BATANG LUPAR - SRI AMAN - LUBOK ANTU - BETONG - SARATOK - TANJONG MANIS - IGAN - SARIKEI - JULAU - KANOWIT - LANANG - SIBU - MUKAH - SELANGAU - KAPIT - HULU RAJANG - BINTULU - SIBUTI - MIRI - BARAM - LIMBANG - LAWAS

Lokasi dewan pemilihan masih di dalam semakan JPP, saudara boleh layari : https://www.pemilihankeadilan2018.com/pusat-pemilihan-sarawak
untuk ketahui kemaskini terbaru.

Setakat ini, keputusan di 11 negeri dan 90% cabang Selangor yang telah selesai menunjukkan persaingan sengit. Saya menang di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Perak; sementara YB Dato’ Seri Azmin Ali menang di negeri Pulau Pinang, Johor, Kedah dan mendahului di Selangor. Perbezaan undi di antara saya dan beliau adalah sekitar 1,600 undi sahaja setakat ini, yang bermakna persaingan akan kekal sengit sehingga akhir pengundian di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, setiap dari undi anda bakal menentukan kepimpinan KEADILAN kelak.

Ia satu perkembangan yang baik kerana ia membuktikan persaingan demokrasi yang sihat. Ia juga menunjukkan tawaran utama kempen saya, iaitu – (1) untuk mendokong kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (2) mengekalkan idealisme Reformasi, (3) meneruskan usaha turun ke akar umbi menguatkan parti serta (4) menjaga kebajikan ahli melalui koperasi – mendapat sambutan yang baik di bawah.

Saya mohon anda keluar mengundi hujung minggu ini untuk membantu saya dan pasukan melaksanakan gagasan ini dan mengangkat KEADILAN menjadi parti yang lebih baik untuk berkhidmat kepada rakyat.

Selain saya, sahabat-sahabat pimpinan yang turut berkongsi gagasan ini adalah YB Nurul Izzah (Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dato’ Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani), YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang) dan YB S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput) yang bertanding sebagai Naib Presiden.

Bagi sayap Wanita, barisan kami dipimpin oleh YB Fuziah Salleh (calon Ketua Wanita) dan YB Rodziah Ismail (calon Timbalan Ketua Wanita).

Bagi sayap Angkatan Muda (AMK), barisan kami dipimpin oleh YB Akmal Nasir (calon Ketua AMK) dan Saudara Raymond Ahuar (calon Timbalan Ketua AMK, dari Sabah).

Senarai penuh barisan kepimpinan yang mengangkat gagasan #Reformasi20Tahun disertakan di sini :
http://bit.ly/SenaraiPenuhReformasi20Tahun

anda boleh klik dan simpan di dalam smart phone untuk dibawa ke hari pengundian.

Pada hari pengundian kelak, pastikan anda datang ke khemah kempen saya di luar dewan pengundian untuk mengambil resit keanggotaan, sebelum boleh dibenarkan mengundi.

Untuk membantu urusan logistik di hari pengundian, saya galakkan anda mendaftarkan nama dan nombor telefon dengan klik di sini :
http://bit.ly/DapatkanResitYuranKeanggotaan

Agar pasukan saya boleh menyediakan resit keanggotaan yang secukupnya pada hari pengundian kelak.

Terima kasih dan undi saya, sahabat-sahabat di dalam barisan #Reformasi20Tahun.

Yang Ikhlas

Rafizi Ramli
Mantan Ahli Parlimen Pandan
Calon Timbalan Presiden No. 1

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.