VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 30 October 2018

KEMENANGAN REFORMASI MUDA DI SEMENANJUNG, KINI TUMPU SABAH DAN SARAWAK


30 OKTOBER 2018

KEMENANGAN REFORMASI MUDA DI SEMENANJUNG, KINI TUMPU SABAH DAN SARAWAK

Selepas 5 minggu, pemilihan KEADILAN telahpun selesai di Semenanjung Malaysia.

Keputusan tidak rasmi setakat 28 Oktober 2018 menunjukkan bahawa saya kini mendahului untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia dengan undian sebanyak 11,607 undi diikuti dengan saudara Afif Bahardin sebanyak 11,495 undi.

Ini mengambil kira semua keputusan di setiap negeri di Semenanjung tidak termasuk 7 kawasan yang akan diadakan pemilihan semula (saya sertakan kiraan keputusan di Negeri Sembilan dan Melaka yang masih belum dikemaskini di laman sesawang Pemilihan 2018).

Saya berterima kasih dan menghargai sokongan serta semangat sepasukan rakan-rakan AMK Reformasi Muda dalam keadaan kita berkempen untuk memperkuatkan AMK bagi mengangkat dan memimpin suara anak muda di seluruh negara.

Kemenangan saya di semenanjung juga menjadi petanda yang jelas bahawa anak muda tidak mudah tunduk dan longlai kepada habuan, kuasa atau tekanan, sebaliknya mereka memberi kepercayaan kepada usaha untuk memperkukuhkan parti dan jatidiri anak muda.

Selain mendapat sokongan di semenanjung, pasukan Reformasi Muda mengangkat martabat anak muda Sabah di peringkat yang begitu tinggi dengan meletakkan saudara Raymond Ahuar sebagai calon Timbalan Ketua AMK Malaysia.

Beliau merupakan seorang anak muda yang berani dengan menyatakan sokongan penuh secara terbuka kepada saudara Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden KEADILAN bagi mendokong kepimpinan parti yang baharu dipimpin Presiden-elect Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun undi saudara Raymond untuk jawatan Timbalan Ketua AMK ketinggalan selepas keputusan di Semenanjung, kami mengambil risiko untuk mempertahankan pandangan bahawa AMK perlu lebih inklusif, mengekalkan semangat Reformasi yang pelbagai kaum dan latar belakang agar kepimpinan muda KEADILAN ini benar-benar menggambarkan suara anak Malaysia.

Selain daripada saudara Raymond, pasukan Reformasi Muda juga mengemukakan 4 orang calon EXCO AMK yang datang dari negeri Sabah dan Sarawak.

Saya mewakili pasukan Reformasi Muda sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota AMK di peringkat akar umbi di Semenanjung atas sokongan yang diberikan

Kini, saya mengharapkan agar anggota AMK Sabah dan Sarawak dapat mengekalkan kemenangan ini serta memilih dan mengundi sepenuhnya semua calon-calon Reformasi 20 Tahun dan Reformasi Muda.

Akmal Nasir
Ahli Parlimen Johor Bahru
Calon #1 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

#ReformasiMuda
#Reformasi20Tahun

1 comment:

  1. Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain,
    tenang,,sekarang ada yang akan menghibur kalian sekaligus
    mengisi hari-hari kalian dengan games" online yang pastinya tidak akan
    mengecewakan kalian deh...

    yuk ikutan gabung bersama Pesonasaya.com
    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,3 - 0.5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup

    * Minimal deposit hanya Rp 20.000
    * Minimal tarik dana Rp 20.000
    * Dilayani oleh CS profesional dan ramah
    * 24 jam online
    * Proses Depo & WD super cepat
    * No ROBOT MURNI PLAYER VS PLAYER
    * kamu berkesempatan menangkan Jackpot setiap harinya.

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24 Online Setiap hari melalui :
    * PIN BBM : 7A996166
    * WA : +85511817618

    Salam Sukses Pesonaqq.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.