Ini bodoh namanya bila tak kaji isu.. Nak hentam ikot suka hati boleh jadi masalah nie akan melarat kerana kebodohan orang macam nie mainkan isu.. Orang melayu bila baca orang cina tindas melayu mula lah nak naik hangin tanpa usul periksa mana puncanya.. Lain pulak kalau pemimpin melayu sendiri tindas melayu di pulau pinang.. Sanjung sampai ke mati..
Beritu adalah kenyatan dari exco yang terlibat dalam isu ini
Exco panggil pemaju beri tunjuk sebab
Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak-ansur dengan pemaju walau sebesar mana mereka ini.
“Mereka (pembeli yang layak) boleh beli dengan rela hati, tetapi, tidak boleh dipaksa oleh pemaju kerana harga rumah kos sederhana rendah itu RM72,500 sahaja.
“Saya akan panggil pemaju untuk beri tunjuk sebab, mengapa mereka tidak boleh patuh dengan polisi Kerajaan Negeri ini,” tegas Jagdeep pagi tadi di sini.
Pengerusi Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan dan dua pegawai lain dari Jabatan Perumahan Negeri turut serta dalam sidang media tersebut.
Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas.
Semalam, satu laporan media online dipetik memberitahu, pembeli-pembeli rumah terbabit merungut selepas menerima notis daripada pemuju pada 29 November tahun lepas bahawa rumah yang dibeli oleh mereka berharga antara RM160,000 hingga RM180,000.
Mereka menuntut Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sendiri campur tangan mewakili mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pemaju.
Pengubahsuaian pada rumah tersebut, tidak termasuk RM28,500 kos lot parkir antara punca pemaju menaikkan harga jualan rumah kos sederhana rendah tersebut.
Pakaq
KLU DAH 2KALI BT PERJUMPAAN ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN PEMAJU KENAPA MASIH DINAIKKAN HARGA RUMAH???EXCO BUAT APA BERBINCANG??BKNKAH HARGA RUMAH TELAH DIPERSETUJUI SEBELUM BERMULANYA PROJEK PERUMAHAN??BKNKAH INI ADALAH PROJEK USAHASAMA KERJAAN NEGERI DAN PEMAJU???NAK TUNGUU MELAYU MELUTUT BARU NAK AMBIK TINDAKAN???KLU KAMU YG BODOH XTAU PROJEK ITU ADALAH USAHASAMA KERAJAAN NEGERI JGN TUNJUK PANDAI!!!TOKONG NAK ORG SEMBAH BARU NAK BUAT KERJA???
ReplyDelete