Sempena mengimarahkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak, satu majlis sumbangan kepada fakir miskin dan orang sakit telah dianjurkan. Majlis berlangsung pada 5 Julai 2014 dan bertempat di kawasan ADUN Sungai Acheh di bawah Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Seramai 10 penerima bantuan yang terdiri dari fakir miskin, warga tua yang uzur. Sumbangan telah disampaikan oleh Che'gu Bard, JKKK Kawasan serta Komrad SAMM Pulau Pinang.
Antara sumbangan yang diberi adalah berupa Wang Tunai, Beras - 5kg, Gula - 2kg, Susu - 2 Tin, Minyak Masak, Biskut, Tea serta Kopi.
Sumbangan ini sebagai tanda keprihatinan SAMM Pulau Pinang kepada golongan yang memerlukan terutama semperna bulan Ramadhan.
SAMM Pulau Pinang mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, mudah-mudahan Allah akan menerima segala usaha kebaikan yang telah dilakukan dengan sebab meringankan beban dan mengembirakan mereka. Moga-moga Allah akan membalas kebaikan dengan pahala yang setimpal dengannya, Insyallah.
Kami SAMM Pulau Pinang akan meneruskan usaha murni ini di kawasan lain sekitar Pulau Pinang sepanjang bulan Ramadhan ini.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk memeriahkan lagi usaha murni ini..
No comments:
Post a Comment