VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 14 October 2018

Kenapa Rafizi Perlu Menang Dalam Pemilihan Keadilan 2018?


Alhamdulillah Sdr Anwar Ibrahim bakal kembali ke Parlimen hari Isnin ini.

Saya menonton ucapan sulong Sdr Anwar dari bawah pentas, bersama-sama rakyat biasa. Ujar Sdr Anwar - “ya, keluarga saya memang pernah susah. Tetapi susah saya tidak sampai anak-anak saya tidak dapat masuk universiti.”

“Anak-anak keluarga biasa, yang nelayan Melayu, yang peniaga Cina, yang pekerja estet India - mereka susahnya sehingga anak tidak mampu ke universiti.”

Saya selalu ditanya kenapa saya rapat dan setia dengan Anwar Ibrahim.

Sebab saya anak orang susah, dan sepanjang saya kenal Anwar sejak 1994 - beliau betul-betul sayangkan orang susah. Beliau tidak pentingkan tauke atau kroni, tumpuan beliau yang miskin dan susah.

Usia mudanya dihabiskan mengusahakan kelas dewasa untuk anak-anak miskin yang gagal peperiksaan, supaya boleh menduduki kembali peperiksaan melalui Yayasan Anda.

Saya akan terus berada rapat dengan Sdr Anwar, supaya boleh membantu beliau membawa agenda membantu orang-orang biasa dan keluarga yang susah.

Tahniah Sdr Anwar, pikullah amanah ini dengan sebaiknya.

Rafizi Ramli

P/s:
Tahniah buat Rafizi Ramli!

Semoga hasil usaha kemenangan Anwar Ibrahim ini mampu beri impak undian dalam Pemilihan Keadilan 2018 buat Rafizi di Selangor dan Seluruh Malaysia.. inshaAllah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.