VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 7 March 2014

Masalah BR1M: Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya


Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. Bermaksud Manusia dihormati kerana kejujurannya. Tetapi maksud pribahasa ini tidak sesuai kepada orang yang tidak menepati janjinya..

Sebelum ini, selepas duit BR1M mula masuk ke akaun bank pada 22hb Februari lepas.. Ada seorang kawan telah meluahkan rasa kecewa dengan janji yang tidak ditepati kerana beliau di janjikan dengan RM650 akan tetapi beliau cuma mendapat RM450 saja.. Klik sini http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/panas-duit-br1m-terima-tidak-seperti.html

Menurut Sinar Harian hari ini melaporkan beberapa penerima BR1M 3.0 berkumpul kerana tidak puas hati apabila bantuan yang diterima tidak sepertimana yang dijanjikan kerajaan.

Pengadu, Shaipul Bahri Mohamad Nor, 53, dari Padang Temusu mendakwa, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kepala Batas, berpendapatan RM550 sehingga RM750 bergantung kepada elaun bekerja yang tidak menentu.

Dakwanya, pada BR1M pertama dan kedua, bantuan yang diperoleh RM500, tetapi BR1M kali ketiga hanya RM450 sahaja.

“Saya hairan kerana isteri tidak bekerja, saya juga bekas anggota tentera tanpa berpencen dan hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata.

“Walaupun hanya mempunyai seorang anak yang masih dalam tanggungan berusia 14 tahun, saya hairan kerana rakan sekerja lain ada yang menerima RM650.

“Saya agak terkilan apabila menerima baucar RM450 tidak seperti kerajaan umumkan,” katanya.

Selain itu, Morad Harun, 56, dari Taman Teluk Baiduri mendakwa, dia hanya mendapat baucar RM300 untuk BR1M kali ini.

“Saya tidak pasti bagaimana pihak berkenaan membuat penelitian kerana pemberiannya tidak selaras,” katanya.

Morad mendakwa, dia kini menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi, jantung dan kencing manis serta menetap di rumah salah seorang anaknya kerana sudah berpisah dengan bekas isteri.

Dakwanya, perbelanjaan terhadap rawatan selain kos ulang-alik ke pusat rawatan juga memerlukan perbelanjaan besar, kerana kini tidak mampu lagi bekerja untuk menyara diri sendiri.

Selain itu, Abd Rani Yahya, 51, dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda mendakwa dia baru sahaja berhenti kerja di sebuah kilang pada Januari lalu.

“Kini, saya tidak lagi bekerja dan dua anak berusia 10 dan 16 masih bersekolah, tetapi hanya menerima RM450” katanya.

Dia mendakwa sudah bertanyakan kepada pihak berkenaan tentang perkara itu, tetapi dimaklumkan oleh kakitangan supaya menunggu sehingga tempoh rayuan dibuka.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Sosial Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim berkata, tindakan kerajaan memberi BR1M secara tidak selaras dibimbangkan akan menyebabkan berlakunya salah tafsiran oleh rakyat.

“Kita harap pihak pengurusan BR1M atau menteri kewangan dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.