VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 5 January 2014

Semakin Lama Harussani Cakap, Semakin Kearah Memfitnah Para Peserta Demostrasi



SEJAK kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan.

Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini?

Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu ‘guling kerajaan’.

Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; ‘Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.’ Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama.

Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat?

Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri.

Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya.

Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan?

Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap. -Sinar Harian

Ulasan aku
Semakin lama harussani cakap semakin kearah memfitnah para peserta demostrasi..


Siapa sebenarnya nak guling kerajaan? Siapa yang tukar dari guling kepada turun?

Bukankah dari awal dan asalnya demostrasi tu bertemakan TURUN..

Nyawa sapa dalam keadaan bahaya? Gambar yang polis upload di Facebook kononnya anggota PGA/DBKL cedera tu hanya fitnah semata-mata bukan mangsa di dataran merdeka. Last-last post delete tu.. Bermakna polis percaya bulat-bulat tanpa usul perikasa.. Tanpa rujuk kes itu dari mana.. Semata-mata nak burukan domostrasi aman.. Mustahil Facebook Polis di urus oleh budak-budak..

Pasai parang dah jumpa.. Bom tu dah jumpa ka? Bila? Berita mana yang laporkan.. Kongsi dengan aku.. Nak tengok jugak..

Harussani cakap berdasarkan dakyah kaca tv dan akhbar arus kerajaan barang kali.. Aku paham.. Sebab aku kadang-kadang pon hampir tertewas dengan kaca tv..


Bab bughah tu Dr. Asri dah jawab untuk kita semua kepada Harussani..

Walauapapun kita tetap tolak yang salah, santun harussani..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.