[MUHASABAH: Yuran Duit Syiling]
Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain.
Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.
Copy & Paste

Alhamdulillah, niat yang baik berkongsi info mengenai perit kehidupan orang kita. Bagaimanapun, lebih elok jika ada maklumat lanjut bagaimana pembaca yang lain dapat turut membantu. Nama anak tersebut? Nama sekolah? Jika tidak, info ini habis setakat di sini sahaja.
ReplyDeleteTerima kasih atas keprihatinan tuan.. Mohon rujuk pada entri blog saya yang terkini.. Saya dah update number fon dan jugak alamat untuk di hubungi..
Delete