VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 8 January 2014

Jururawat di Tipu Kerajaan dan Kesal Bantuan Kepada OKU Ditamatkan


Dalam facebook beliau berasa sungguh kesal dan tertipu dengan tindakan kerajaan menamatkan bantuan kepada OKU
"Ya Allah..... ingatkan kerajaan nak naikkan duit kebajikkan msyarakat dr rm300 ker rm500 sbb harga byk yg naik, rupanye ramai org oku yg ditamatkan duit kebajikannyer. Ini kalilah. Xde untung ke kerajaan ni. "

Dalam aku janji BN PRU13 mengambil berat kebajikan semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU)

Aku janji BN Pahang
Bantuan berkenaan meliputi OKU, warga tua, pesakit kronik dan anak yatim miskin yang menikmati bantuan pada kadar RM150 hingga RM450 setiap bulan.

Aku janji BN Selangor
Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak.

"Apa yang dibuat ini adalah serupa dengan aku janji BN Pusat yang memang boleh dilakukan oleh BN Selangor.

"Setelah kajian dan analisis setelah lima tahun Pakatan memerintah, mereka mencipta satu aku janji yang boleh dibuat dan tidak mampu dilaksanakan oleh Pakatan,"
 
-Profesor Dr Ismail Sualman

Dalam perkembangan  lain Selepas PRU13 pada 14 Disember 2013
Seorang bapa kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kesal dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menamatkan bantuan RM450 yang sebelum ini diberikan untuk keluarganya.

Abdul Naaim Azaddin, 50, dari Kampung Pekan Atap, Gurun, dekat sini, merayu kepada JKM agar menyambung semula bantuan itu memandangkan keadaan anaknya yang terpaksa menerima rawatan susulan di hospital.

Katanya, anaknya Nur Adilla Natasya, 8, dikategorikan sebagai OKU dan mempunyai kad OKU kerana menghidapi penyakit sawan tarik serta mengalami kelemahan saraf kaki dan tangan, tidak boleh bertutur dan urus diri.

“Bantuan itu saya terima pada tahun 2009 tetapi ditamatkan serta merta pada Ogos 2012 ketika saya memerlukannya untuk rawatan Nur Adilla.

“Saya juga mengemukakan rayuan kepada pihak JKM Daerah Kuala Muda-Sungai Petani agar bantuan itu disambung, tetapi permohonan saya ditolak,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Abdul Naaim berkata, dia juga memohon bantuan JKM atas nama anaknya sebagai seorang OKU tetapi tidak diterima.

“Antara alasan ialah saya mampu berdikari dan bantuan OKU hanya untuk mereka berusia 18 tahun ke atas,” katanya yang bekerja sebagai tukang kraftangan kecil kecilan.

Menurut Abdul Naaim lagi, pendapatannya yang tidak menentu menyebabkan dia sekeluarga terbeban menanggung kos perjalanan rawatan Nur Adilla ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Kami sekeluarga berharap, pihak JKM memberi layanan sewajarnya kepada anak saya yang kini tidak dapat bersekolah dan memerlukan jagaan sepenuh masa,” katanya.

Ulasan
Ibubapa atau penjaga yang mempunyai Orang Kurang Upaya terpaksa menanggung beban yang besar. Kos atau perbelanjaan harian untuk Orang Kurang Upaya adalah lebih tinggi daripada menjaga anak- anak biasa. Bagi kelurga miskin atau  sederhana, tanggungan Orang Kurang Upaya dalam keluarga itu mengambil sebahagian besar daripada pendapatan isi rumah. Ini akan mengugatkan keadaan sosio- ekonomi atau taraf hidup keluarga tersebut. Dalam pada itu, Orang Kurang Upaya itu juga tidak dapat dijaga dengan baik kerana batasan kewangan.

Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja ini amat daif dan tidak boleh berdikari kerana keadaan kecacatan yang terus. Oleh yang demikian, atas dasar keperimanusiaan kerajaan harus memberi bantuan yang mencukupi iaitu sekurang- kurangnya  untuk membeli barang  keperluan hariannya.

Sebagai permulaan, adalah wajar untuk menaikan kadar bulanan yang dibayar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada kumpulan sasaran ini. Saya mencadangkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk mempertimbangkan perkara ini dengan teliti dan menaikan kadar bulanan kepada RM350 hingga RM700 mengikut kemampuan atau kedudukan kewangan keluarga yang terlibat. Bukan menamatkan bantuan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.