VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 15 March 2014

MALAYSIA Sahkan Kapal Terbang di Rampas, Laporan AP

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Sementara itu, AFP memetik seorang pegawai kanan tentera Malaysia sebagai berkata, penyiasat percaya pesawat itu dirampas dan dipandu oleh seorang yang "mahir, cekap" yang memandunya beberapa jam.

"Ia mesti seorang yang mahir, cekap dan seorang juruterbang semasa," kata pegawai itu.

"Dia tahu bagaimana untuk mengelakkan radar awam. Dia nampaknya sudah mengkaji bagaimana untuk mengelakkan radar,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar British The Daily Telegraph melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menafikan pesawat itu dirampas.

"Ia belum sah. Saya mengetuai siasatan ini dan tiada siapa yang mengatakannya. Ia tidak benar. Kami meninjau  pelbagai kemungkinan, kita melihat semua kemungkinan. Kami melakukan profil setiap penumpang dan anak kapal tetapi tidak ada bukti yang sahih setakat ini," katanya kepada Telegraph.

Perkembangan baru mengejutkan ini datang selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pesawat yang hilang itu dikesan ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, memetik kenyataan seorang penganalisis.

Menurut laporan itu, laluan dari Malaysia ke laut di luar pantai Australia akan melalui perjalanan sejauh 3,000 batu - jarak maksimum MH370 boleh diterbangkan dengan bahan api yang ada.

Bloomberg juga melaporkan penyiasat mendapati seseorang di dalam kokpit MH370 memprogramkan pesawat itu untuk berpaling dari jalan asalnya ke Beijing, kata sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat yang biasa dengan penyiasatan itu.

Laporan itu memetik jurucakap Awam Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Australia, Peter Gibson, sebagai berkata dia tidak sedar maklumat baru yang meletakkan MH370 berhampiran Perth.

Bagaimanapun, katanya, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia mempunyai bidang kuasa untuk membuat penggeledahan jika maklumat itu benar.

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Difahamkan, Najib hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan daripada media, lapor Sinar Harian Online.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.