VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 30 September 2013

Dah Ucap Terima Kasih Kat BN Belum? Sebab Bagi Subsidi Kat Kita..


'Bila dapat subsidi, tiada yang berterima kasih'

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyatakan rasa kesal kerana rakyat menurutnya tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas subsidi yang disalurkan.


Namun, golongan tersebut akan menimbulkan bantahan apabila subsidi tersebut dikurangkan, katanya ketika menjawab soalan dari Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) berhubung tabiat perbelanjaan kerajaan.

Ahmad menegaskan bahawa negara tidak mengalami krisis ekonomi dan dan nisbah 51 peratus hutang Malaysia berbanding keluaran negara kasar adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat, Itali, Portugal dan Singapura.

"Malah, kira-kira 96 peratus dari hutang kita adalah hutang dalaman,” kata Ahmad. -MK


***
Dia kata hutang dalaman 96% saja, tu la maknanya pendapatan seluruh rakyat malaysia untuk bayar hutang saja, tak da simpanan dan ini kriteria negara maju seperti yang dikatakan, cap ayam tak dia ni?

Cuba kita buat ‘simple’ calculation dari senario ini:

1) Harga minyak dunia adalah dalam pasaran komoditi dimana ianya sentiasa ada turun dan naik
2) Subsidi kerajaan adalah bergantung pada harga minyak dunia

Kalau kerajaan beri subsidi katakan 70sen/liter pada harga Minyak dunia RM2.80/liter.. Jadi di pam RM2.10/liter pada Sept dan bulan Okt harga minyak dunia jatuh kepada RM2.00/liter tetapi harga di pam minyak tetap RM2.10/liter maknanya ‘rakyat’ pula yang beri kerajaan subsidi 10sen/liter??? 

Persoalannya kenapa kerajaan tak ikut pemberian subsidi seperti mana turun naik harga minyak? 

Kalau Kerajaan ikut harga minyak dunia bermakna by calculation kalau kerajaan fix beri 70sen/liter dan harga minyak pada Nov kepada RM2.30/liter maka ‘rakyat’ akan dapat menikmati harga minyak pada harga RM1.60..

Kerajaan perlu telus dan adil dalam hal-hal harga pasaran komoditi ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.