VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 3 October 2013

Bazir Lagi.. Jom Kita Demo Bagi Tekanan Pada Pemerintah


Laporan audit: PAS gesa demo ala-BERSIH

PAS mendesak satu himpunan seperti BERSIH diadakan bagi menuntut penyiasatan dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung ketirisan seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam. 
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat perlu terus memberi tekanan berhubung perkara itu sehingga kerajaan BN mengaku bahawa "mereka boros". 
"Media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan ketua audit negara. 
"Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya," katanya. 
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat mempersoalkan mengapa tiada tindakan setiap kali laporan itu dibentangkan dan mempersoal transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
"Ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong. Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," katanya. 
Bidas Ahmad Maslan 
Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang membidas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataannya bahawa laporan tersebut menunjukkan ketelusan pentadbiran negara. 
Dengan nada menyindir, pemimpin PAS itu mahu Ahmad menggunakan "kepintarannya" dengan menyifatkan ketirisan itu "menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya". 
"Di sini perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan. 
"Ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya," katanya. 
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata tidak adil kerajaan menyuruh rakyat membayar lebih RM0.20 untuk seliter untuk minyak sedangkan agensi kerajaan terus meneruskan kerja borosnya. -MK
*** 
 Next PRU kita pakat sokong umno lagi. asal menteri bahagia aku rela tanggung sengsara kah kah kah.

Agak-agak 1.6 juta tu kalau turun kampung-kampung tolong orang-orang susah bantu buat rumah bagi keselesaan sikit pada depa berapa ribu biji rumah kerajaan boleh buat?? 

Laporan Audit Negara telah buktikan kerajaan Najib Razak telah membazir secara kaw-kaw. Come onlah macai. Takkan nak kerja separuh mampos semata-mata nak tanggung barua-barua ni? 



Setiap tahun pun sama. Ini kitaran nya

Laporan audit didedahkan kepada umum = kita bahas sebab wujud penyelewengan = menteri berjanji akan menyelesaikan perkara berbangkit = tapi janji tinggal janji = penyelewengan dan penyalahgunaan dana awam terus wujud = tiada hukuman dan tindakan dikenakan kepada pihak2 yang berpangkat besar = hanya mereka2 yang kecil dan berstatus rendah disuruh pikul tanggungjawab = maka kita tunggu la laporan audit untuk tahun mendatang pula = proses yang sama berulang dan berulang dan masih berulang.

Solution 
1. Naikkan Harga minyak?
2. Chain reaction - naik harga beras, gula, etc2. ?
3. Duit KWSP, Tabung Haji, Zakat?

Sudah berapa tahun laporan Audit Negara, cuba kumpul-kumpul jumlah Wang Tiris, Wang Hilang, etc2..


Atau tukar kepada orang yang lebih AMANAH dalam menguruskan WANG NEGARA?

Rakyat berhak untuk menuntut tindakan dari kerajaan..amalan penyelewengan ni sudah jadi budaya...kerana itulah kedudukan M'sia saban tahun terus merosot dan kualiti hidup rakyat pula menurun..sampai bila rakyat harus menerima saja.. sedangkan yg melakukan jenayah adalah puak 'mereka'..??

Laporan Ketua Audit Negara 2012 klik SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.