VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 30 September 2013

Tahniah.. Tiada Kenaikan Harga Rumah Untuk Rakyat Asing di Johor Darul Takzim


Johor tak naik had harga rumah rakyat asing

Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan had harga rumah yang boleh dibeli oleh rakyat asing bagi mengawal kenaikan harga rumah di Johor, sebaliknya mengkaji pendekatan lain.
   
Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata meningkatkan had harga rumah yang boleh dibeli rakyat asing daripada RM500,000 ke RM1 juta tidak akan mengurangkan pembelian mendadak oleh golongan itu.
   
"Sebaliknya (kenaikan had harga rumah rakyat asing ke RM1 juta) akan hanya mendorong pemaju perumahan untuk meningkatkan harga jualan rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pecah tanah projek hartanah D'Pristine @ Medini di Nusajaya, hari ini.
   
Beliau berkata jika kerajaan negeri meningkatkan had harga rumah untuk rakyat asing kepada RM1 juta, pemaju perumahan akan bertindak membina rumah-rumah dan premis perniagaan yang melebihi RM1 juta.
   
Kerajaan negeri kata beliau, sedang melihat pendekatan lain bagi mengawal pembelian mendadak rakyat asing terhadap rumah-rumah dan premis perniagaan di Johor untuk tujuan spekulasi.
Antara cadangan yang sedang dikaji oleh kerajaan negeri, katanya ialah tidak membenarkan rakyat asing menjual rumah yang dibeli mereka di Johor semata-mata untuk mengaut keuntungan.
   
"Aktiviti beli dan jual yang saya akui berlaku di negeri ini hanya menyebabkan harga kediaman meningkat dan selepas ini kerajaan negeri akan mengawal dan hanya pembeli tulen dibenarkan," katanya.
   
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menegaskan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia bukan sahaja memberi tumpuan pada pelaburan syarikat luar negara, tetapi turut membuka ruang untuk penyertaan syarikat tempatan.
   
"Dengan adanya pelaburan dan penyertaan ini daripada luar, ia bukan sahaja menyumbang pertumbuhan ekonomi, tetapi turut membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk turut sama terlibat menjayakan sektor hartanah," kata beliau. - Bernama

*** 
Kita jual lagi banyak rumah kat rakyat asing (singapore), yang penting naikkan harga rumah untuk dibeli oleh rakyat malaysia sendiri, betul tak?

Rakyat asing hangpa jaga macam baby tapi rakyat sendiri hangpa tekan sampai mati..

Kesian dengan generasi yang hanya punyai kelulusan SPM.. Dengan gaji hanya RM 1,500 ke bawah memang tak akan mampu beli rumah.. Contoh di Segamat harga rumah melambung-lambung hingga RM180k - RM300k.. Jangan tanyalah harga rumah di sekitar JB, Muar dan BP. Last-last orang Melayu sampai mati hidup menyewa.. Sedihhh........

2 comments:

  1. Undi lah UMNO pelindung bangsa Melayu

    ReplyDelete
  2. Nampak sgt kerajaan ni lemah & tak berdaya nk mengawal pemaju2 perumahan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.