LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA
Sdr Naraza Muda, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah mewakili warga Felda membuat Laporan Polis di IPD Dang Wangi semalam. Antara sample kes ialah taklimat oleh Pengarah Jabatan Sumber Manusia Felda, Norzuki Ahmad(Bekas Pengurus Besar Wilayah Gua Musang) pada 2 sept 2013 di Dewan JKKR Felda Kemahang 1 yang dihadiri 300 orang peneroka.
Tawaran yang dibuat kepada peneroka ialah RM500,000 untuk pajakan selama 30 tahun. Agihannya ialah RM100,000 diberi secara tunai, RM150,000 dicarum dlm Koperasi Permodalan Felda dan selebihnya RM250,000 untuk penyelenggaraan kebun peneroka.
Adalah sangat menghairankan bagaimana kebun peneroka yang mempunyai Geran Hakmilik dan Syarat Nyata serta Sekatan Kepentingan yang begitu ketat; tidak boleh dijual,digadai,dipajak, dicagar dan dipindahmilik tanpa kebenaran Penguasa Negeri; tiba2 pentadbiran Felda mahu memajaknya?
Tidak cukup lagikah monopoli Felda selama ini terhadap kepentingan Peneroka?Ketidakadilan Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda, Kadar Perahan Gred yang rendah, Bayaran Kembali(hutang) yang dikenakan interest 6.25 % setahun, wang Tanam Semula yang dinafikan dan berbagai cengkaman yang menzalimi peneroka telah menyebabkan kehidupan mereka tersiksa.
Tambah malang, melalui Perjanjian Pengurusan Tanam Semula, Felda boleh Kaveat kebun peneroka. Dengan ertikata lain, meskipun peneroka ada Geran Hakmilik, kuasa tetap ditangan Felda. Soal pengurusan kebun dan pungutan hasil dikuasai Felda meskipun menimbulkan rasa tidak puashati peneroka.
Adakah penguasaan hampir mutlak Felda terhadap tanah peneroka masih tidak mencukupi?Setelah dirompak Tanah Felda Plantation seluas 367,000 hektar untuk pajakan 99 tahun oleh FGVH; kini tanah peneroka seluas 537,738 hektar pula nak di pajak. Apa motifnya?
Adalah menyedihkan, sebagai Badan Berkanun, Felda mengetuai 'sindiket' dengan pujuk rayu dan sandiwara tawaran lumayan untuk memajak tanah peneroka pula. Tidak cukup lagikah mereka memerah keringat dan mengambil segala hak peneroka selama ini?
Pengkhianatan ini bukan dilakukan oleh bangsa Cina atau India sebagaimana sentimen perkauman yg dibuat dlm PRU 13; ia dibuat oleh pemimpin melayu yang terjerit2 dengan 'Hidup melayu', ' pertahankan Hak Melayu', 'Ketuanan Melayu' dll.
Justeru ingatan ANAK, warga Felda khususnya Gen 2&3, jangan bersekongkol dengan puak kapitalis dan lintah darat yang tidak cukup2 memeras peneroka.
Ambil iktibar kehilangan tanah Felda Cahaya Baru, Sg Buaya dll. Apa jaminan dengan pendapatan peneroka yang tidak menentu, harga komoditi yg berubah2, dasar Felda yang pro kapitalis; peneroka boleh menikmati tawaran yang dijanjikan?
FGVH yang dilancarkan dengan begitu gah oleh YAB PM pun sahamnya merudum rudum, inikan pula nak cagar kebun peneroka selama 30 tahun!
Jika kebun peneroka tergadai, siapa nak bertanggungjawab?
Cukup cukuplah menipu bangsa sendiri. Tunaikan janji untuk urus kebun peneroka dengan sempurna. Tak perlu cari alasan. 94,389 peneroka dah beri kepercayaan 100% kpd Felda, laksanakan amanah tersebut dengan jujur dan telus. Jangan cari alasan kebun peneroka semaklah, buruh tak mencukupi, dari pajak kat individu lebih baik pajak kat Felda....
Kepada 23,000 kakitangan Felda, anda dibayar gaji dari kepercayaan 112,635 orang peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda. Anda akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar.
Samada Najib, Isa Samad atau Faizoull Ahmad; hebat macamana lakunan mereka menjinakkan peneroka, mereka tetap akan MATI. Mereka akan terima balasan setimpal dengan kerja buat menipu peneroka.
ANAK menggesa warga Felda berhati2 dengan perkembangan terbaru ini. Laporan Polis boleh dilakukan di mana2 Balai Polis berhampiran. Beri tekanan seluruh negara. Hentikan percubaan ala Yahudi yang mulanya sewa, pajak dan akhirnya rampas tanah penduduk Palestin!
Buat majlis Solat Hajat selamatkan Felda di mana kita berada. Datang beramai2 di Bandar Jengka pada 12 Oktober ini bermula solat Maghrib dan solat Hajat memohon keselamatan kehadrat Allah. Bukalah pintu Hidayah kepada golongan pengacau yg sentiasa tamak terhadap hak peneroka.
Ingat, doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah!
Tulisan Mazlan Aliman***
Biar kita berhujah dengan berfakta. Baru menyerlah daya intelektual kita. Kalau benar cina pajak kebun peneroka, nyatakan di felda mana dan adakah peneroka berkenaan bersama felda atau tidak. Saya akan maklumkan kepada cawangan ANAK berhampiran. Biar kita tangani bersama.
Kalau betul cina pajak kebun peneroka, felda yang begitu gah, nak ikut langkah seperti itu? Aduhai, mana kehebatan Felda?
94,389 peneroka serah kebun mereka untuk diurus oleh Felda. Felda Techno Plant dipertanggungjawabkan dibawah perjanjian Pengurusan Tanam Semula untuk menyelenggaranya. Itu iltizam Felda yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Kita akui Techno Plant ada kemampuan dan ada kelemahan. Tapi jangan ambil kesempatan untuk heret peneroka kepada kaedah pajakan atas kelemahan sedia ada. Lakukan penambahbaikan.
Setakat 4 October 2013 FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
No comments:
Post a Comment