VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 5 May 2017

KETUA AMANAH KAWASAN SIK TIDAK AKAN BERI MUKA KEPADA PENGFITNAH,TINDAKAN UNDANG UNDANG DIAMBIL UNTUK BERIKAN KEINSAFAN





KETUA AMANAH KAWASAN SIK TIDAK AKAN BERI MUKA KEPADA PENGFITNAH,TINDAKAN UNDANG UNDANG DIAMBIL UNTUK BERIKAN KEINSAFAN

Ketua Amanah Kawasan Sik sdr Sulaiman Ibrahim mengambil tindakan undang2 kepada golongan pengfitnah yang sengaja dibuat untuk memburukkan nama beliau semalam dengan mengaitkan tuduhan penyelewengan dana beras dan mencuri beras untuk diberikan kepada rakyat miskin Sik .

Tuduhan jahat itu telah menjadi perbualan dan menyebabkan beliau mengambil tindakan undang2 .

Dalam kenyataan medianya harini ,

KENYATAAN MEDIA

Saya telah mendapati beberapa kiriman whatsApps, Facebook dan juga media baru yang lain mengaitkan saya dengan tuduhan liar penyelewengan dana beras yang sengaja ditimbulkan untuk membuat persepsi negatif dan jahat terhadap saya.Ini adalah kali yang ke tiga dimana serangan terhadap saya untuk mengaitkan dengan pelbagai isu.

Oleh yang demikian, selaku Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik yang memikul amanah dan tanggungjawab telah melantik peguam semalam dan membuat keputusan untuk menyaman mana-mana individu sama ada di dalam Fb dan mana-mana group whatsapp yang mengeluarkan fitnah jahat berkenaan terhadap saya. Dan saya pohon mereka tampil secara berdepan sebagai anak jantan jika penyelewengan dana beras dan tuduhan mencuri beras kilang untuk diedarkan kepada rakyat miskin Sik tersebut benar-benar berlaku.

Saya yakin dan percaya, pihak musuh politik tidak senang melihat dengan gerak kerja Amanah Kawasan Sik yang sudah mendapat tempat di hati masyarakat setempat di kawasan Sik .Musuh politik mencari jalan sedaya upaya untuk memburukkan nama parti dan individu .Ini menunjukan mereka terdesak dan tersepit dengan isu isu serangan hingga terpaksa mencipta fitnah dan persepsi bagi menyerang pihak lawan.

Seterusnya , report polis akan dibuat dalam masa terdekat terhadap individu-individu dalam "screenshoot" no tel dan muat naik status akaun Fb mereka yang saya simpan untuk perhatian dan siasatan PDRM dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Kepada Allah jua tempat memohon pertolongan.Dimahkamah dunia kita berdepan. DiMahkamah Allah kita berjumpa.Insya Allah. Terima kasih.

Sulaiman Bin Ibrahim
Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik
8 Syaaban 1438H
5.5.2017H
Jumaat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.