Sempena hadiah Merdeka 57 tahun 2014, kerajaan hadiahkan satu isu yang rakyat tunggu untuk merdeka ini, kerana merdeka sebelum ini ada isu yang tersendiri. Sebelum ini rakyat tertanya apa isu merdeka tahun ini, dan inilah jawapannya. Cuma pada merdeka tahun ini jalan cerita lain sikit iaitu penangkapan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Saya yang berada di IPD Timur Laut dalam 2 jam untuk bersolidariti bersama rakyat. Bermacam cerita yang saya dengar seperti tahanan PPS tidak di beri makan dan minum sehinggakan YB sendiri yang beri makan kepada mereka, ada tahanan yang terpaksa di kejarkan ke hospital kerana sakit dan bermacam lagi.
Berapa lama lagi mereka ini perlu ditahan? Ada yang mengatakan pagi ini mereka di keluarkan. Ada yang mengatakan setengah tahanan telah di pindahkan ke lokap yang lain.
Apa biadap sangat semasa sambutan dan perarakan kemerdekaan polis menahan anggota PPS? Apa salah mereka? Apa mereka buat? Kalau setakat hal peribadi baik selesai di kedai kopi lah..
Kalau mereka kata PPS biadap, Biadap lagi golongan pendesak melayu. Mana ada tangkapan macam ini.
Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies. Mereka membantu rakyat dalam pelbagai aktiviti seperti mengawal traffik, membantu mangsa kemalangan, meronda menjaga keselamatan komuniti. Ini semangat sumbangan kepada masyarakat dan negara yang harus dipupuk pada hari kemerdekaan.
Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.
Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Justeru itu, mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.
No comments:
Post a Comment