VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 1 September 2014

PPS Dapat Restu Polis Negeri Pulau Pinang, Tetapi Tidak Di Peringkat Pusat


Kenyataan Akhbar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang Pada 1.9.2014. 

Dalam satu mesyuarat EXCO tergempar hari ini yang disokong oleh semua 30 ADUN PR daripada DAP, PAS dan PKR, 8 usul berikut telah dicapai. 

Mengecam dengan sekeras-kerasnya arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan tangkapan besar-besaran 156 peserta Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang(PPS) yang tidak bersalah semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2014 di Padang Kota Lama, termasuk Ahli EXCO Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar YB Phee Boon Poh, yang telah pun dipertanggungjawabkan oleh EXCO Pulau Pinang untuk menguruskan hal ehwal PPS.

Menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana ditahan bukan kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi melakukan kerja-kerja amal yang baik.

Menegaskan bahawa PPS adalah badan yang sah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi mesyuarat EXCO pada 8 April 2009. Cara PPS diluluskan adalah sama dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ataupun JKKK(P) yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum 2008. Matlamat PPS adalah untuk membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis jika diperlukan. Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Kini peserta-peserta PPS yang berbilang kaum merangkumi 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu(33%), 5,123 Cina(57%) dan 873 India(10%). Sejak kelulusan itu PPS telahpun menjalankan tugas mereka dengan baik dengan restu pihak polis. Selama 4 tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis kecuali satu dua insiden yang telahpun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah. Perlu ditekankan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana perlakuan tidak berdisiplin atau yang bersifat jenayah oleh peserta PPS.

Mengecam kenyataan menghasut Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram dan fitnah jahat beliau bahawa peserta PPS adalah samseng. Menyokong penuh saranan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mencabar Ketua Polis Negara berbahas tentang perkara ini untuk menentukan kebenaran.

Menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 ahli PPS dan YB Phee yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah. Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan. Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS.

Memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS. Melahirkan harapan bahawa masyarakat setempat di Pulau Pinang boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh PPS selama ini dengan membantu pihak polis menjalankan kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah demi mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang paling selamat di Malaysia.

Mendesak bahawa kesemua 135 peserta PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi 1 September 2014.

Mengutuk perbuatan khianat dan jahat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang melontarkan “Molotov cocktail” ke dalam kediaman YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang jelas bertujuan untuk mencederakan dan mengugut beliau untuk niat jahat yang belum dikenalpasti. Meminta pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertingkatkan keselamatan peribadi dan kediaman YAB Ketua Menteri serta menangkap penjenayah-penjenayah tersebut.

Diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi pihak EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.