VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 13 December 2013

Jurutera Lynas ditemui mati lemas

Seorang jurutera kilang nadir bumi Lynas mati lemas di sebuah kolam di kawasan kilang itu di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan hari ini.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam itu pada kira-kira 9 pagi.
    
"Seorang rakan mangsa, Sharizal Samsudin, 40, membuat laporan polis di Balai Polis Gebeng sejurus kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
    
Beliau berkata polis dan anggota Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa di kolam itu pada 2.40 petang dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah namun polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.