VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 14 December 2013

Kementerian Dalam Negeri Cuba Sorok Rosmah Tapi Rakyat Nampak Jugak

Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat,dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan dilakukan Perdana Menteri, DatukSeri Najib Razak dan isterinya,Datin Seri Rosmah mansor.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad NurManuty berkata, perbuatan itu jelas melanggarkebebasan media dan hakbersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti,KPI dan sebagainya,tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.

“Dalam era media sosial sekarang,ini adalah satu langkah tidakbijak,sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet,” ujarMuhammad Nur.

Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbarmingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini.

Terdahulu,portal Astro Awani dikatakan turut menarik balik berita mengenai kritikan tokoh wartawan,A Kadir Jasin terhadap Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan untuktujuan peribadi ke luar negara.

“Tindakan KDN melanggar kebebasan media,dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar,”

“Di Indonesia rakyat bebas mengkritikpemerintah di kaca tv atau di dada akhbar,dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia,”ujarnya.

Sementara itu,Timbalan Ketua Wanita KEADILAN,Rodziah Ismail berkata,kerajaan tidak dapat menutup pembaziran dilakukan perdana menteri dan isterinya,meskipun menghalang media melaporkan perkara itu.

“Pembaziran Najib dan Rosmah sudah sampai ke tahap melampau dan rakyat Malaysia sudah tahu.

“Bangkai jika cuba ditutup, lambat laun kebusukan itu akan terbongkarjua. Bagi saya Najib terlalu angkuh.

“Dia sebagai perdana menteri seharusnya menjadi contoh kepada rakyat Malaysia dalam mematuhi undang-undang negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.