VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 9 December 2013

Kekejaman Guan Eng Akan Menyenarai Hitam Rakyat Pulau Pinang

Penyewa rumah kepada buruh asing perlu disenarai hitam - ADUN Paya Terubong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin mencadangkan pembeli rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) yang menyewa primis kediaman kepada buruh asing disenaraihitamkan (black listed) seumur hidup di negeri ini.

Menurut beliau, langkah itu dapat melengkapkan perancangan Kerajaan Negeri melaksanakan dasar perumahan baharu sebagaimana disebut dalam Bajet 2014 Pulau Pinang.

"Saya mencadangkan undang-undang baru yang lebih ketat dilaksanakan.

"Dengan hukuman yang lebih keras, termasuk ke atas pasangan (kepada pemilik rumah) akan dapat menghalang rumah kos rendah dan sederhana rendah dari disewa kepada pihak ketiga (buruh asing)," ujar Soon Hin semasa sesi perbahasan Bajet 2014 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Soon Hin turut menyokong langkah Kerajaan Negeri melaksanakan tiga peratus levi atau cukai khas pemilikan hartanah demi menghentikan pembelian spekulatif.

Jumaat lalu, Bajet 2014 yang dipentangkan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan turut menyentuh mengenai polisi perumahan yang baharu, iaitu P.Pinang had 10 tahun pindah milik rumah.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo sebelum pada itu berkata, langkah itu, katanya, sebagai reaksi pada keputusan Kerajaan Pusat melalui Bajet 2014 mahu menaikkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.