VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Saturday, 14 December 2013

Peluang Pekerjaan di Pulau Pinang


TKM1 rakam tahniah 1,300 peluang kerja IBIDEN

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon merakamkan penghargaan kepada IBIDEN Electronics Malaysia Sdn. Bhd. kerana membuka 1,300 lagi peluang pekerjaan sehingga sambutan hari keluarga industri itu, pagi ini.

"Saya difahamkan, sekurang-kurangnya 500 orang ahli baru telah menyertai IBIDEN. Pada hari ini pun, kaunter pendaftaran dibuka untuk mengisi 1,300 peluang pekerjaan.

"Ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelaburan pilihan, termasuk apa yang kita lihat di IBIDEN sendiri," ujar Mohd.Rashid pada sambutan hari keluarga IBIDEN di kilang tersebut dekat Kawasan Industri Bukit Minyak, Simpang Empat.



Mohd.Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Kemasyarakatan turut merakamkan penghargaan atas pengembangan operasi IBIDEN sebagaimana diumumkan baru-baru ini.

Itu, katanya, hasil sokongan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mohd. Rashid turut menyempurnakan majlis perasmian Hari Keluarga IBIDEN dengan acara melepaskan belon ke udara.

Lebih 500 hadirin menyertai keraian tersebut, termasuk anak-anak dari sebuah Rumah Kebajikan dekat Bukit Mertajam.

Pelbagai acara sukaneka disediakan untuk menghargai anak-anak pekerja IBIDEN.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.